Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CONDUCTED AERIAL FIREFIGHTING OPERATIONS

​​BRUNEI DARUSSALAM, Wednesday, 27 March 2024 - In response to intensifying forest fires, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) has promptly deployed Blackhawk helicopters to conduct aerial firefighting operations, combating blazes raging in the Badas Pipeline area, Bukit Beruang and Kampong Rimba vicinities. These strategic efforts come amidst a concerning period of extreme hot weather that has affected Brunei Darussalam in recent days.

The deployment of RBAirF Blackhawks underscores the collaborative effort between military and civilian agencies in safeguarding Brunei's natural landscapes and population. In close coordination with the Brunei Fire and Rescue Department, these joint operations strive to promptly extinguish fires and mitigate their impact on the environment and local communities. Despite the challenges posed by scorching temperatures and challenging terrain, military personnel and firefighting teams remain steadfast.


TUDB MELAKSANAKAN OPERASI MEMADAM KEBAKARAN HUTAN

BRUNEI DARUSSALAM, Rabu, 27 Mac 2024 - Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan yang semakin meningkat, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengerahkan beberapa buah pesawat helikopter Blackhawk dalam menjalankan operasi memadam kebakaran dari udara bagi memadam kawasan yang dilanda kebakaran di kawasan Paip Badas dan kawasan Bukit Beruang. Usaha strategik ini dilakukan di dalam tempoh cuaca panas melampau yang telah menjejaskan Negara Brunei Darussalam sejak kebelakangan ini.

Penglibatan pesawat helikopter Blackhawk TUDB dalam melindungi alam semulajadi dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini, menggariskan nilai kerjasama antara agensi tentera dan awam. Dengan adanya kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, operasi bersama ini bertujuan untuk memadamkan kebakaran dengan cepat dan mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar dan masyarakat setempat. Di sebalik cabaran cuaca panas terik dan rupa bumi yang mencabar, kedua-dua anggota tentera dan pasukan pemadam kebakaran tetap terus tabah.