Skip Ribbon Commands
Skip to main content

UNIT AUDIT DALAMAN


LATAR BELAKANG

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya Audit Dalaman (Internal Audit) ditubuhkan di Kementerian / Jabatan Kerajaan untuk memeriksa perjalanan perbelanjaan dan pungutan hasil Kementerian / Jabatan masing-masing  seperti yang terkandung dalam keputusan persidangan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet ke 51 pada 19 Safar 1424 / 21 April 2003.” (Petikan dari Lampiran I, Panduan Penubuhan Unit Audit Dalaman Di Kementerian Dan Jabatan Kerajaan kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 10/2003 bertarikh 10 September 2003).

Unit Audit Dalaman (UAD), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam telah diwujudkan  pada tahun 2005 sebagai khidmat kepada pengurusan untuk mengukur dan menilai sistem kawalan dalaman. Bidang kuasa UAD adalah sepertimana yang dirujuk di Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 10/2003 bertarikh 13 Rejab 1424 / 10 September 2003 yang sedang berkuatkuasa.


VISI

Ke Arah Pengurusan Kewangan Yang Teratur, Cekap Dan Berkesan.

MISI
Untuk memastikan perbelanjaan dibuat sepertimana ianya dipohonkan dan pungutan hasil Kementerian dan Jabatan adalah teratur dan berkesan.

OBJEKTIF

Mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 10 / 2003, objektif Audit Dalaman adalah seperti berikut:

i.    Memastikan kawalan dalaman mencukupi ke atas pengurusan kewangan dalam semua Kementerian / Jabatan.

ii.    Mencegah dan mengawal kejadian-kejadian pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran serta pemborosan.

iii.    Membantu Kementerian dan Jabatan dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal kewangan dan harta benda Kerajaan.

iv.    Memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan harta benda Kerajaan dikesan lebih awal sebelum menjadi kritikal.

v.    Memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan harta benda Kerajaan khususnya dalam perbelanjaan dan pengutipan hasil diperbaiki dengan segera.

vi.    Membantu Pegawai Pengawal (Vote Controller) supaya lebih bertangungjawab (accountable) ke atas pengurusan kewangan dan harta benda Kerajaan.

vii.    Memastikan Peraturan Kewangan 1983, undang-undang, prosedur-prosedur dan surat-surat keliling yang berkaitan hal ehwal kewangan difahami dan dipatuhi.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bidang tugas Audit Dalaman adalah seperti berikut:

i.    Unit Audit Dalaman Kementerian Pertahanan melapor terus kepada Setiausaha Tetap.

ii.    Memeriksa, menilai serta membuat cadangan pembaikan ke atas kawalan proses dan sistem pengurusan kewangan dan harta benda Kerajaan.

iii.    Menerima dan menyiasat aduan-aduan dari mana-mana pihak termasuk orang ramai.

iv.    Menerima arahan-arahan dari Setiausaha Tetap dari masa ke semasa.

v.    Memantau tindakan-tindakan ke atas teguran / cadangan Jabatan Audit.

vi.    Memastikan Peraturan Kewangan 1983, undang-undang, prosedur-prosedur dan surat-surat keliling yang berkaitan hal ehwal kewangan difahami dan dipatuhi.

HUBUNGI KAMI

Unit Audit Dalaman
Tingkat 2, Blok D
Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan
Brunei Darussalam

Telefon: +673 2386679
Email: uad@mindef.gov.bn