Skip Ribbon Commands
Skip to main content
print
HANDOVER CEREMONY FOR NEWLY APPOINTED COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARRISON, Tuesday, 01 March 2022 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a handover ceremony between its outgoing Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan and the incoming Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. 


The ceremony was attended by the Deputy Commander of RBLF, Military Directors, Senior Officers, Officers, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel. Also in attendance virtually were officers and personnel across RBLF and those serving on overseas tours of duty and international missions. 


The ceremony started with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Major Ariffin bin Amit @ Hamid, Assistant Director of RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by a speech from the outgoing Commander of RBLF.


In his speech, he expressed his appreciation for the continued support and efforts from all RBLF personnel during his tenure as the Commander of the RBLF. Furthermore, he expressed pride and satisfaction for RBLF's achievements, resilience, and robust team spirit, especially in managing the COVID-19 pandemic. He further hoped that RBLF would remain intact and credible in accomplishing every responsibility given under the new Commander. Finally, he expressed his sincerest congratulations to the new Commander of RBLF and prayed that the new Commander RBLF will always be blessed guided by Allah SWT in fulfilling his new taskings and responsibilities. 


The ceremony then continued with the signing of the Handing Over Certificate and handing over of Tongkat Kepimpinan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei between its outgoing Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan and the incoming Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, marking the official handing over of the Commander of RBLF place of duty. 


As a newly appointed Commander of RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir also delivered his inaugural speech as the 12th Commander of RBLF. In his speech, he conveyed his utmost appreciation to the outgoing Commander of RBLF for his leadership and wisdom in leading the RBLF since 01 August 2020. He highlighted that the existing cooperation gave him great confidence to lead responsibly and emphasised total commitment to achieving RBLF's vision and mission. He further reminded all personnel to uphold their loyalty, discipline and maintain the organisation's readiness, credibility, and security under their respective leaderships.


The ceremony continued with refreshments at the Officers' Mess, Berakas Garrison and concluded with a Closing Doa, group photo and the signing of parchments by both former and newly appointed Commander of RBLF. 






MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI


BERAKAS GARISON, Selasa, 01 March 2022 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Mantan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dengan Pemerintah TDDB yang baru, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. 


Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pemerintah TDDB, Pengarah-pengarah Jabatanarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB. Turut hadir secara dalam talian adalah pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari semua unit-unit TDDB termasuk yang bertugas di luar negara dan terlibat dalam misi keamanan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid, Penolong Ketua Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB.


Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan atas sokongan dan usaha yang berterusan daripada semua lapisan anggota TDDB semasa beliau memegang jawatan sebagai Pemerintah TDDB dan menzahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan pencapaian TDDB dalam setiap aspek terutamanya kecekalan dan semangat berpasukan yang teguh khususnya dalam menangani pandemik COVID-19. Beliau turut melahirkan harapan agar TDDB akan terus kekal utuh dan kredibel dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan di bawah tampuk pemerintahan yang baru dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pemerintah TDDB yang baru serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan petunjuk dan pandangan daripada Allah SWT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang baru.


Majlis diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB di antara mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baru, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TDDB secara rasmi.


Selaku Pemerintah TDDB yang baru, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir turut menyampaikan ucapan perasmian sebagai Pemerintah TDDB yang ke-12. Di dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pemerintah TDDB di atas kepimpinan beliau yang bijaksana di dalam menerajui TDDB semenjak 01 Ogos 2020. Beliau menekankan kerjasama yang sedia ada memberikan beliau keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dan menekankan komitmen yang menyeluruh dalam mencapai visi dan misi TDDB. Beliau seterusnya memperingatkan semua peringkat anggota untuk mempertahankan ketaatsetiaan, disiplin, kesiapsiagaan dan sekuriti organisasi dengan kredibiliti dan kepimpinan yang sedia ada.


Majlis diteruskan dengan jamuan di Mes Pegawai Berakas Garison dan diakhiri dengan Doa Penutup, bergambar ramai serta penandatanganan lembaran kenangan oleh mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baru.


Attachments