Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MEDIA STATEMENT: 31 MARCH 2026 - MEMBERS OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES UNDER MALBATT 850-13 IN SOUTHERN LEBANON REPORTED TO BE IN SAFE CONDITION


The Ministry of Defence would like to notify the public that the Ministry has received reports regarding the incidents involving the United Nations Interim Force (UNIFIL), in which two peacekeepers from the Republic of Indonesia were killed in an explosion of unknown cause. The incident occurred near the village of Bani Hayyan, Southern Lebanon on Monday, 30 March 2026.

In a separate incident, another explosion occurred at a UNIFIL position, resulting in the death of one Indonesian peacekeeper on Sunday, 29 March 2026.

In this regard, the Ministry of Defence would like to assure the public that all members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) currently deployed in Lebanon under the UN peacekeeping mission have been confirmed to be in a safe condition.

The RBAF, through close coordination with Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) under UNIFIL, will continue to monitor the security situation in the area of operations. UNIFIL has also implemented the necessary force protection measures to ensure the continued safety of all UNIFIL contingent personnel.

Members of the public are strongly urged not to create or disseminate any speculation regarding this incident. The spreading of false information is an offense under Chapter 34 of the Public Order Act, Cap 148 - Dissemination of False Information.

 



KENYATAAN MEDIA: 31 MAC 2026

ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI MALBATT 850-13 DI SELATAN LUBNAN DILAPORKAN DI DALAM KEADAAN SELAMAT

Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kementerian ini telah menerima laporan berikutan insiden yang melibatkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), di mana dua anggota pengaman dari Republik Indonesia telah terkorban dalam satu kejadian letupan yang berpunca daripada sebab yang masih belum dikenalpasti. Insiden tersebut berlaku berhampiran Kampung Bani Hayyan, Selatan Lubnan pada hari Isnin, 30 Mac 2026.

Dalam satu insiden berasingan, satu lagi insiden letupan telah belaku di kawasan kedudukan UNIFIL yang mengakibatkan kematian seorang anggota pengaman dari Republik Indonesia pada hari Ahad, 29 Mac 2026.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang sedang ditugaskan di Lubnan di bawah misi pengaman UNIFIL telah disahkan dalam keadaan selamat.

ABDB, melalui kerjasama rapat bersama Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) di bawah naungan UNIFIL, akan terus memantau situasi keselamatan di kawasan operasi. UNIFIL juga telah melaksanakan langkah-langkah perlindungan pasukan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan berterusan semua anggota kontinjen UNIFIL.

Orang ramai juga ditegaskan agar tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi berhubung dengan insiden ini. Penyebaran maklumat-maklumat yang tidak sahih adalah satu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 – Penyebaran Maklumat Palsu.


Attachments