Skip Ribbon Commands
Skip to main content
print
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
CHIEF OF DEFENCE FORCES, ROYAL THAI ARMED FORCES VISITS MINDEF

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 27 February 2018 – The Ministry of Defence today received a visit by the Chief of Defence Forces of the Royal Thai Armed Forces, His Excellency General Tarnchaiyan Srisuwan at the Bolkiah Garrison.

Upon arrival at the Ministry of Defence this morning, His Excellency General Tarnchaiyan Srisuwan was accorded with a Guard of Honour comprising of personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF). He then proceeded to pay separate courtesy calls to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Both sides affirmed the warm and close bilateral defence relationship and gave assurance that the defence relations between the two countries will continue to be enhanced through more defence interactions in the future. These interactions will enhance the interoperability and strengthen the rapport and mutual understanding between the two sides.

His Excellency General Tarnchaiyan Srisuwan and spouse, Mrs Jiranporn Srisuwan as well as his delegation arrived in Brunei Darussalam on 26 February 2018 for a three-day official visit.






KETUA TURUS PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND KUNJUNGI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON,  Selasa, 27 Februari 2018 – Kementerian Pertahanan hari ini menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan di Bolkiah Garison

Sejurus tiba ke Kementerian Pertahanan pagi ini, Tuan Yang Terutama Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan disambut dengan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Tuan Yang Terutama Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan seterusnya mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kedua-dua belah pihak telah menekankan akan hubungan dua hala pertahanan yang rapat dan juga memberikan komitmen dalam mengukuhkan lagi hubungan pertahanan pada masa akan datang. Interaksi kerjasama akan meningkatkan interoperabiliti, serta memupuk pemahaman dan persahabatan di antara kedua-dua belah pihak.

Tuan Yang Terutama General Tarnchaiyan Srisuwan bersama isteri, Mrs Jiranporn Srisuwan serta rombongan berada di negara ini dari 26 Februari 2018 bagi lawatan rasmi selama tiga hari.

Attachments