Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) EDUCATION AND AWARENESS SEMINAR AT THE MINISTRY OF DEFENCE


BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 5 November 2025 - The Ministry of Defence, through the Defence Digital Transformation Steering Committee (DDTSC), hosted an “Artificial Intelligence (AI) Education and Awareness Seminar” at the Lecture Hall of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison. The seminar was jointly organised by the Defence Information Technology Unit (DITU) and the Centre for Science and Technology, Research and Development (CSTRAD), Ministry of Defence.

The seminar aimed at enhancing awareness and understanding of the role and potential use of AI in national defence and security. 

Present at the seminar was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence. Also in attendance were senior officers, permanent members of the DDTSC, as well as military and civilian personnel from the Ministry of Defence. The seminar commenced with an opening address delivered by Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Hairul Nizam bin Pengiran Haji Ali, Chief Information Officer (CIO), DITU.

Throughout the seminar, participants were featured to discussions covering AI applications relevant to military and defence operations, highlighting the strategic importance of integrating such technology into the nation’s defence capabilities through a series of insightful presentations. 

These presentations included an academic perspective of “AI in Defence: From Awareness to Operational Advantage” delivered by the School of Digital Science from Universiti Brunei Darussalam (UBD); complemented by an industrial perspective on “The What, Why and How for AI in National Security”, presented by SPI BN Sdn Bhd; The Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) presented “Guidelines on AI Governance and Ethics for Brunei Darussalam”, emphasizing responsible and transparent use of AI; and The Smart Nation Office, Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) concluded the presentation on Brunei Darussalam’s Data and National AI Strategy, and its practical applications across various sectors, including defence and security. A question and answer session followed, allowing participants the opportunity to seek further clarifications and share  their insights on the topics presented.

The seminar underscored the Ministry of Defence’s continued commitment to fostering a digitally capable defence ecosystem, aligned with Brunei Darussalam’s aspirations for Digital Transformation and Technological Advancement.




 




SEMINAR PENDIDIKAN DAN KESEDARAN BERKAITAN KECERDASAN BUATAN (AI) PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 5 November 2025 – Kementerian Pertahanan melalui Jawatankuasa Pandu Transformasi Digital Pertahanan (DDTSC) telah menganjurkan “Seminar Pendidikan dan Kesedaran Berkaitan Kecerdasan Buatan (AI)” yang berlangsung di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHB), Bolkiah Garison. Seminar ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Teknologi Maklumat Pertahanan (UTMP) dan Pusat Sains dan Teknologi Penyelidikan dan Perkembangan (P3ST), Kementerian Pertahanan.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai peranan serta potensi penggunaan AI dalam pertahanan dan keselamatan negara.

Hadir di seminar tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, ahli-ahli tetap DDTSC, serta pegawai-pegawai tentera dan awam dari Kementerian Pertahanan. Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Hairul Nizam bin Pengiran Haji Ali, Ketua Pegawai Informasi (CIO) dari UTMP.  

Sepanjang seminar, para peserta didedahkan kepada perbincangan yang merangkumi aplikasi AI yang relevan kepada operasi ketenteraan dan pertahanan, menekankan kepentingan strategik dalam mengintegrasikan teknologi tersebut ke dalam keupayaan pertahanan negara melalui beberapa siri pembentangan.

Antara pembentangan utama dari perspektif akademik iaitu “AI dalam Pertahanan: Daripada Kesedaran kepada Kelebihan Operasi” yang disampaikan oleh School of Digital Science dari Universiti Brunei Darussalam; SPI BN Sdn Bhd yang berkongsi perspektif industri tentang “Apa, Mengapa dan Bagaimana AI Menyumbang dalam Keselamatan Negara; pihak Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) pula membentangkan “Panduannya mengenai Tadbir Urus dan Etika AI bagi Negara Brunei Darussalam”, yang menekankan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan telus, dan  Smart Nation Office, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi menyimpulkan dengan pertimbangannya untuk Strategi Data dan AI Kebangsaan Nagara Brunei Darussalam dan aplikasi praktikalnya merentasi pelbagai sektor termasuk sektor pertahanan dan keselamatan. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan berkongsi pandangan mengenai topik-topik yang dibentangkan.

Penganjuran seminar ini menggariskan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam membangunkan ekosistem pertahanan yang berkeupayaan digital dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Transformasi Digital dan Teknologi Negara Brunei Darussalam.


Attachments