
MUARA NAVAL BASE, KHAMIS, 4 September 2025 - A Gema Marhaban ceremony to mark the 12th nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) for the Ministry of Defence was held at Surau Al-Huda, Muara Naval Base this evening.
Similar ceremonies were also held simultaneously at all garrison, base and camp suraus of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including Pulau Baru-Baru Mosque.
Joining the congregation as guest of honour was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence. Also present were officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with mass Fardhu Maghrib Prayers led by Yang Mulia Imam Afiq Abdul Halim Bin Hj Daniel Alexander Iskandar Zulkarnain followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Sirah Nabawiyah, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah and Dikir Diba’ie as well as mass Fardhu Isya prayers and concluded with the recitation of Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Al-Hikmah, Penanjong

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN DALAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM (SAW) TAHUN 1447H/2025M
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Khamis, 4 September 2025 – Majlis Gema Marhaban bagi menandakan malam ke-12 Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara pada malam ini.
Majlis serupa juga diadakan secara serentak di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Menyertai para jemaah selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan.
Majlis tersebut dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Afiq Abdul Halim Bin Hj Daniel Alexander Iskandar Zulkarnain diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Sirah Nabawiyah, Dikir Assalamualaika, Selawat Badriyah dan Dikir Diba’ie serta sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah sebelum ianya diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.