
ISTANA NURUL IMAN, Tuesday, 2 September 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Brunei Darussalam State Honorary Decorations to
36 recipients in conjunction with His Majesty's 79th Birthday celebration.
The Investiture Ceremony took place this afternoon at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Also attending was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.
The State Decorations awarded were the
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (S.U.B) to one recipient, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) to 31
recipients and
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (P.U.B) to four recipients. Among those who received the State Decorations was Yang Mulia Commander
Rasman bin Puteh, RBN.
Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran – Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KURNIA BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA PEGAWAI KEMENTERIAN PERTAHANAN
ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 2 September 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 36 penerima sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-79 Tahun.
Istiadat Pengurniaan telah berlangsung pada petang ini di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri;
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang di kurniakan adalah
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (S.U.B) kepada seorang penerima Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) kepaada 31 penerima dan
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (P.U.B)
kepada empat orang
penerima. Antara penerima-penerima Bintang-Bintang Kebesaran Negara adalah Yang Mulia Komander Rasman bin Puteh, TLDB.
Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan.