BEIJING, PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, Wednesday, 03 September 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), today led a delegation as a representative from the Ministry of Defence of Brunei Darussalam, attending the 80th Anniversary of the Victory of the Chinese People’s War of Resistance against Japanese Aggression and the World Anti-Fascist War held at Tiananmen Square, Beijing, People’s Republic of China.
The Ministry of Defence delegation to the ceremony was accompanied by His Excellency Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the People's Republic of China, and Senior officers of the Ministry of Defence.
The event began with a Military Parade held at Tiananmen Square, followed by an official speech by His Excellency President Xi Jinping, President of the People's Republic of China. Subsequently, the RBAF Commander, along with prominent party, state and government leaders, attended a Gala Reception and Performance hosted at the Banquet Hall of the Great Hall of the People. The event was also attended by 26 foreign Heads of State and Government, the Speakers of Parliament, Deputy Prime Ministers, high-level government representatives, Heads of International Organizations, and esteemed former dignitaries.
The People's Republic of China celebrates Victory Day every September 3 to commemorate the surrender of Japan and the end of World War II. This historic event aims to honour the sacrifices made by the Chinese people during the 14-year war against Japanese aggression, honouring those who died in the struggle, promoting peace and fostering patriotism. The victory of the People's Republic of China marks a significant moment that contributes to the global victory over fascism.
The Ministry of Defence's presence symbolises the close diplomatic relations between the two countries, which have existed since 1991.
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGHADIRI UPACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 KEMENANGAN PERANG RAKYAT CHINA MENENTANG PENCEROBOHAN JEPUN DAN PERANG ANTI-FASIS DUNIA
BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Rabu, 03 September 2025 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini telah mengetuai delegasi sebagai wakil daripada Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam, menghadiri Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang diadakan di Dataran Tiananmen, Beijing, Republik Rakyat China.
Rombongan Kementerian Pertahanan ke upacara tersebut disertai oleh Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.
Acara dimulakan dengan Perbarisan Ketenteraan yang diadakan di Dataran Tiananmen, dan diikuti dengan ucapan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Presiden Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China. Sejurus itu, Pemerintah ABDB, bersama-sama pemimpin parti, pemimpin negeri dan Kerajaan termuka menghadiri Majlis Resepsi dan Persembahan Gala yang dihoskan Dewan Bankuet Dewan Besar Rakyat. Acara ini turut dihadiri 26 Ketua-ketua negara dan Kerajaan asing, speaker parlimen, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, perwakilan-perwakilan peringkat tertinggi kerajaan, Ketua-ketua Pertubuhan Antarabangsa, dan orang-orang kenamaan.
Republik Rakyat China menyambut Hari Kemenangan pada setiap tanggal 3 September sebagai tanda memperingati Penyerahan Jepun dan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Acara yang bersejarah ini bertujuan untuk menghormati pengorbanan yang dilakukan oleh Rakyat China dalam jangkamasa 14 tahun berperang menentang pencerobohan Jepun, memperingati mereka yang telah terkorban dalam perjuangan, mempromosikan keamanan dan memupuk patriotism. Kemenangan Republik Rakyat China menandakan detik penting yang menyumbang kepada kejayaan global ke atas fasisme.
Kehadiran Kementerian Pertahanan melambangkan hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara yang telah wujud sejak 1991.