Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI ARMED FORCES COMMANDER RECEIVES FAREWELL CALL FROM THE HIGH COMMISSIONER FOR CANADA IN BRUNEI DARUSSALAM

​​


BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 02 July 2025 - Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Her Excellency Ambra Dickie, High Commissioner of  Canada to Brunei Darussalam this afternoon. Also in attendance were the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence, Ministry of Defence.


During the call, the RBAF Commander expressed appreciation for the warm and long-standing relationship that exists between the Brunei Darussalam and Canada. Both sides reaffirmed their dedication to maintaining regional stability and security while exploring new avenues for collaboration in training, joint exercises, military visits, meetings and capacity building. 


The RBAF Commander also conveyed his gratitude and appreciation to Her Excellency for her contributions towards strengthening defence cooperation during her tenure as High Commissioner and wished her continued success.


Her Excellency Ambra Dickie has served as the High Commissioner of Canada in Brunei Darussalam for almost three years since August 2022.








PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA
PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Rabu, 02 Julai 2025 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.


Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan atas hubungan mesra dan yang terjalin lama antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada.


Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan serantau, disamping meneroka peluang baharu dalam bidang kerjasama seperti latihan, eksesais bersama, lawatan ketenteraan, mesyuarat dan pembangunan kapasiti. 


Pemerintah ABDB juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Yang Terutama atas sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama pertahanan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan mendoakan kejayaan yang berterusan.


Puan Yang Terutama Ambra Dickie telah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam selama hampir tiga tahun sejak Ogos 2022.​


Attachments