Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DOA KESYUKURAN CEREMONY IN COMMEMORATION OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES WOMEN MILITARY PERSONNEL’S 44TH ANNIVERSARY AND THE WOMEN’S 25TH MUNAJAT NIGHT



​​BOLKIAH GARISSON, Saturday, 28 June 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) women military personnel today celebrated their 44th anniversary since their establishment on 29 June 1981 with a Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison, this was then followed by the Women’s 25th Munajat Night held vitually by the Ministry of Religious Affairs.


Present as the guest of honour was Yang Mulia Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General (JAG), Ministry of Defence. Also present were female officers and enlisted female personnel of the Royal Brunei Armed Forces.


The event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by recitation of Surah Al-Mulk by Yang Mulia Lieutenant Dk Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, Staff Officer Grade 3 Religious Inspectorate from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).

 

The ceremony was highlighted with a tazkirah titled ‘Hijrah dan Istiqamah’ by Yang Mulia Major Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Religious Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). The talk reflected on the spiritual strength and perseverance required of women in uniform in the fulfilment of their duties and responsibilities.  The ceremony concluded with the Fardhu Isya’ prayer, the recitation of doa and a group photo session.


The ceremony served to reinforce bonds of unity and nurture spiritual values among RBAF women personnel, while commemorating their long-standing contributions and unwavering service to religion, monarch, and nation.







MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-44 ASKAR WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN MALAM MUNAJAT KHAS WANITA KE-25


BOLKIAH GARISON, Sabtu, 28 Jun 2025 - Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AW ABDB) pada hari ini telah menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita ABDB yang ke-44 tahun sejak ditubuhkan pada 29 Jun 1981 dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison dan diteruskan dengan Malam Munajat Khas Wanita Ke-25 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama secara maya.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera, Pejabat Perundangan Tentera, Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai wanita dan anggota lain-lain peringkat AW ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Mulk oleh Yang Mulia Leftenan Dk Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan Penolong Pegawai Turus Inspektorat Agama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).


Majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Hijrah dan Istiqamah’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Pegawai Ugama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Tazkirah tersebut menyentuh mengenai kekuatan rohani dan keazaman yang diperlukan oleh wanita dalam uniform dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak berjemaah, bacaan doa selamat, dan disusuli dengan sesi bergambar ramai. Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai-nilai kerohanian dalam kalangan anggota wanita ABDB, di samping memperingati jasa dan sumbangan mereka yang berterusan dalam perkhidmatan kepada agama, raja dan negara.​


Attachments