Skip Ribbon Commands
Skip to main content
NINE NEWBORN BABIES CELEBRATED IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64th ANNIVERSARY


BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 1 June 2025 – Nine babies were born on the historic date of 31 May 2025, coinciding with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary Celebration. To commemorating this special occasion, a celebration ceremony for the newborn babies was held simultaneously across government hospitals. 


Eight babies were born at the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Bandar Seri Begawan and one baby at Suri Seri Begawan (SSB) Hospital, Kuala Belait.

 
As a token of appreciation, each newborn baby received gifts from the RBAF and the RBAF Wives Welfare Body (BAKTI), along with a hamper sponsored by Mothercare. 


The presentation of gifts at the RIPAS Hospital was officiated by Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, spouse of the Commander of the RBAF. 


Meanwhile, at SSB Hospital, Kuala Belait, the presentation was carried out by Yang Mulia Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit, spouse of the Commander of the Royal Brunei Air Force.

Also present at the respective ceremonies were RBAF Officers, Healthcare Officers and staff, and members of the BAKTI Administrative Committee. 


This annual event enhances the vibrancy of the RBAF Anniversary celebration, while also underscoring the values of compassion and the significance of enduring family bonds within both the RBAF and the broader community.








SERAMAI SEMBILAN ANAK DAMIT LAHIR SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64 


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Jun 2025 – Seramai Sembilan orang anak damit telah dilahirkan bertepatan pada tarikh bersejarah iaitu 31 Mei 2025, sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang Ke-64. Bagi meraikan kelahiran istimewa ini, Majlis Meraikan Kelahiran Anak-anak Damit telah diadakan secara serentak di hospital-hospital Kerajaan.

Seramai lapan anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Bandar Seri Begawan dan seorang anak damit lagi di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait. 


Sebagai tanda penghargaan, setiap anak damit telah menerima cenderahati sumbangan daripada ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-isteri ABDB (BAKTI), beserta hampers tajaan daripada Mothercare.

Penyampaian cenderahati yang berlangsung di Hospital RIPAS telah disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Pemerintah ABDB. 


Sementara itu di Hospital SSB, Kuala Belait pula, cenderahati disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit, isteri kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. 


Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Pegawai-pegawai ABDB, Pegawaipegawai Kesihatan dan, kakitangan serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir BAKTI. 


Acara tahunan ini telah memeriahkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun ABDB, di samping menekankan nilai keprihatinan dan kepentingan ikatan kekeluargaan yang berkekalan dalam ABDB dan komuniti yang lebih luas.​


Attachments