
BERLIN, Tuesday, 13 May 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Second Minister of Defence, led the delegation of Brunei Darussalam, comprising officers from the Ministry of Defence and the Ministry of Foreign Affairs to the United Nations (UN) Peacekeeping Ministerial 2025 held from 13 to 14 May 2025 in Berlin, Federal Republic of Germany. Accompanying the delegation was Her Excellency Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Mohd. Tahir, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Federal Republic of Germany.
The UN Peacekeeping Ministerial 2025 as follow up to the series of high-level meetings held since 2014, bringing together 54 Ministers, 15 Deputy Ministers and representatives of UN Member States. The Ministerial Meeting serves as a platform to shape the future of UN peacekeeping operations and to strengthen sustained support from Member States. Previous meeting before this was held in December 2023 in Accra, Republic of Ghana.
This year’s meeting was officially opened jointly by His Excellency Johann Wadephul, the Foreign Minister of the Federal Republic of Germany and His Excellency Boris Pistorius, the Defence Minister of the Federal Republic of Germany and featured a keynote address by the Secretary-General of the UN, His Excellency Antonio Guterres. With the theme
“The Future of Peacekeeping”, the meeting served as a key platform for discussions on strengthening the mandate of peacekeeping operations, the importance of adequate funding, enhancing the usage of technology in peacekeeping operations as well as addressing capability gaps, while reaffirming commitment to enhancing the safety, security, and effectiveness of peacekeeping missions.
The Minister at the Prime Minister’s Office and Second Minister of Defence also had the opportunity to meet and interact with the Defence Minister of the Federal Republic of Germany and His Excellency Admiral Dong Jun, Minister of National Defence, People’s Republic of China during the official dinner. In addition, the Honourable Minister also took the opportunity to engage in dialogues with counterparts from ASEAN Member States as well as other international partners attending the meeting, in efforts to further strengthen regional and international cooperation in the fields of peace and security.
Brunei Darussalam remains steadfast in its support of the UN’s efforts to uphold international peace and security. The country first participated in peacekeeping operations in 1993 under the UN Transitional Authority in Cambodia (UNTAC), and since 2008, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) joined Malaysian Armed Forces contingent to the UN Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Brunei Darussalam has also served on the UN Special Committee on Peacekeeping Operations (C34) since 2017, reflecting its enduring commitment to global peacekeeping efforts.
The meeting was closed on 14 May 2025, in which the Federal Republic of Germany shared that the meeting was attended by 133 countries where 74 countries made their pledges, in support of bridging capability gaps and modernising peace operations to strengthen their capacity to address existing and future realities.


KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI MESYUARAT UNITED NATIONS PEACEKEEPING MINISTERIAL 2025
BERLIN, Selasa, 13 Mei 2025 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ke Mesyuarat
United Nations Peacekeeping Ministerial 2025 yang diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2025 di Berlin, Republik Persekutuan Jerman. Turut menyertai delegasi ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Mohd Tahir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman.
Mesyuarat
United Nations Peacekeeping Ministerial 2025 merupakan kesinambungan kepada siri mesyuarat peringkat tinggi yang diadakan sejak 2014, yang mana pada kali ini telah menghimpunkan seramai 54 Menteri, dan 15 Timbalan Menteri dan perwakilan dari Negara-Negara Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mesyuarat ini berfungsi sebagai platform penting bagi merangka masa depan operasi pengaman PBB serta mengukuhkan sokongan berterusan dari negara-negara ahli. Mesyuarat terakhir sebelum ini telah diadakan pada bulan Disember 2023 di Accra, Republik Ghana.
Mesyuarat edisi kali ini telah dirasmikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Johann Wadephul, Menteri Luar dan Tuan Yang Terutama Boris Pistorius, Menteri Pertahanan Republik Persekutuan Jerman. Ucaptama telah disampaikan oleh Setiausaha Agung PBB, Tuan Yang Terutama Antonio Guterres. Bertemakan
"The Future of Peacekeeping", mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai menguatkan mandat misi operasi, kepentingan pembiayaan, meningkatkan penggunaan teknologi di dalam misi-misi pengaman dan mengurangkan jurang keupayaan, di samping usaha mempertingkatkan keselamatan, perlindungan dan keberkesanan misi pengaman.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga telah berpeluang mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Republik Persekutuan Jerman dan Tuan Yang Terutama Laksamana Dong Jun, Menteri Pertahanan Nasional, Republik Rakyat Cina semasa Majlis Makan Malam Rasmi. Di samping itu, Yang Berhormat juga berkesempatan berinteraksi bersama rakan-rakan sejawat dari Negara-Negara Anggota ASEAN serta rakan antarabangsa lain yang menghadiri mesyuarat tersebut, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang keamanan dan keselamatan.
Negara Brunei Darussalam terus menzahirkan komitmennya dalam menyokong usaha PBB ke arah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Penyertaan pertama negara dalam operasi pengaman adalah pada tahun 1993 di bawah
United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC), dan sejak tahun 2008, telah terus menugaskan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke
United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Negara Brunei Darussalam juga telah menjadi ahli
United Nations Special Committee on Peacekeeping Operations (C34) sejak tahun 2017, yang mencerminkan komitmen berterusan negara terhadap usaha pengaman sejagat.
Mesyuarat telah ditutup pada 14 Mei 2025, di mana pihak Republik Persekutuan Jerman telah mengongsikan bahawa mesyuarat tersebut dihadiri oleh 133 buah negara di mana 74 buah negara telah membuat ikrar (pledge) dalam usaha untuk merapatkan jurang keupayaan dan memodenkan operasi keamanan bagi memperkukuh kapasiti dalam
menangani realiti semasa dan akan datang.