ISTANA NURUL IMAN, Tuesday, 13 May 2025
– His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience His Excellency Lieutenant General Domingos Raul “Falur Rate Laek”, Chief of Defence Force of Timor-Leste. The Audience ceremony took place at Istana Nurul Iman.
Accompanying His Excellency Lieutenant General Domingos Raul “Falur Rate Laek” to the Audience ceremony was His Excellency Abel Guterres, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Democratic Republic of Timor-Leste to Brunei Darussalam.
Meanwhile in a separate audience, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam also received in audience Yang Mulia Madam Rosa Maria Quintão, spouse of the Chief of Defence Force of Timor-Leste, and Yang Mulia Madam Ana Guterres, spouse of Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Democratic Republic of Timor-Leste to Brunei Darussalam.
Brunei Darussalam and Democratic Republic of Timor-Leste has established warm and cordial bilateral relations, founded upon mutual respect and shared regional aspirations. The bilateral diplomatic ties between the both countries were formally established on 20 May 2002. Although cooperation in the defence field remains on a relatively modest scale, both countries continue to maintain constructive engagement, primarily through multilateral platforms such as the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) and the United Nations (UN).
This visit marks His Excellency Lieutenant General Domingos Raul “Falur Rate Laek” first visit to Brunei Darussalam since his appointment as Chief of Defence Force of Timor-Leste on 2 February 2022. His Excellency and his delegation are on a four-day official visit to Brunei Darussalam from 12 May to 15 May 2025.






KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA PASUKAN PERTAHANAN TIMOR-LESTE
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI BERKENAN MENERIMA MENGADAP ISTERI PANGLIMA PASUKAN PERTAHANAN TIMOR-LESTE
ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 13 Mei 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’, Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Menyertai Tuan Yang Terutama Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ pada Majlis Mengadap tersebut ialah Tuan Yang Terutama Abel Guterres, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam.
Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Yang Mulia Puan Rosa Maria Quintão, isteri kepada Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste dan Yang Mulia Puan Ana Guterres, isteri kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste telah menjalinkan hubungan diplomatik dua hala yang mesra dan harmoni, berlandaskan prinsip saling menghormati serta aspirasi serantau yang seiring. Hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara telah dimeterai secara rasmi pada 20 Mei 2002. Meskipun kerjasama dalam bidang pertahanan masih pada skala yang agak sederhana, kedua-dua negara terus mengekalkan penglibatan yang membina, terutamanya menerusi platform pelbagai hala seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Lawatan ini merupakan lawatan pertama Tuan Yang Terutama Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ ke Negara Brunei Darussalam sejak beliau dilantik menjadi Panglima Pasukan Pertahanan Timor-Leste pada 02 Februari 2022. Tuan Yang Terutama beserta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi selama empat (04) hari bermula 12 Mei hingga 15 Mei 2025.