
Tuesday, 11 March 2025 - A total of 24 retired personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have received donations from the Kamathali Habbah Charity Project which is part of the annual community service activities held in conjunction with the 63rd RBAF Anniversary. The collection was handled and coordinated by the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) through all suraus within the RBAF’s camps.
The donation presentation ceremonies were conducted simultaneously in all four districts to the identified recipients by the project’s committee, with assistance from the RBAF Veterans Association.
The donations for the recipients from Brunei-Muara District were presented by Yang Mulia Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of the RBAF Inspectorate Unit; Yang Mulia Colonel (U) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, RBAF Chief of Staff; Yang Mulia Captain Khairil bin Haji Abd Rahman, RBN, Deputy Commander of the Royal Brunei Navy; Yang Mulia Colonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Deputy Commander of the Royal Brunei Airforce and Yang Mulia Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Mohd Yusof, Commandant of the DA RBAF.
Meanwhile, recipients from the Tutong District were presented their donations by Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Director of Intelligence; Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces and Yang Mulia Lieutenant Colonel (U) Awang Suhaimi bin Awang Jamali, Director of the Performance Optimisation Centre. In the Belait District, the donation was presented by Yang Mulia Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Director of Logistics and Yang Mulia Colonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Director of Personnel presented donations to the recipients in the Temburong District.
This project is strongly supported by RBAF personnel in order to show sympathy and seek rewards during the blessed month of Ramadhan by helping to lighten the burdens of those in need and the less fortunate.

PROJEK KAMATHALI HABBAH BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63 TAHUN
Selasa, 11 Mac 2025 - Seramai 24 orang pesara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sumbangan daripada Projek Amal Kamathali Habbah, yang merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tahunan yang diungkayahkan bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke-63 tahun. Kutipan sumbangan bagi projek tersebut telah dikendalikan dan diselaraskan oleh Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) melalui semua surau-surau di perkhemahan ABDB.
Acara penyampaian sumbangan telah dilaksanakan secara serentak di keempat-empat daerah kepada penerima-penerima yang telah dikenal pasti oleh ahli jawatankuasa projek dengan bantuan dari Persatuan Veteran ABDB.
Penyampaian sumbangan bagi penerima-penerima dari Daerah Brunei-Muara telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Unit Inspektorat ABDB; Yang Mulia Kolonel (U) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif, Ketua Staf ABDB; Yang Mulia Kepten Khairil bin Haji Abd Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei; Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan Yang Mulia Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Mohd Yusof, Komandan AP ABDB.
Manakala, penyampaian sumbangan bagi penerima-penerima dari Daerah Tutong pula telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan; Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Awang Suhaimi bin Awang Jamali, Pengarah Pusat Optima Kecergasan Tentera. Seterusnya, di Daerah Belait, penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Pengarah Logistik, sementara Yang Mulia Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima dari Daerah Temburong.
Projek ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan daripada warga ABDB bagi menunjukkan simpati dan mencari ganjaran sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat dengan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.