RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 7 March 2025 – The 41
Khatam Al-Qur’an Ceremony for the Ministry of Defence, held in conjunction with Brunei Darussalam’s 41st National Day Celebration, took place simultaneously across all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camp suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, this morning.
Present at the function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and the Minister of Defence II. Also in attendance were the Commander of the RBAF, members of Defence Executive Committee and RBAF Executive Committee, as well as officers and staff of the Ministry of Defence. Among the special guests invited were Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Permanent Secretary (Youth) at the Ministry of Culture, Youth and Sports, along with the Head of Villages of Kampung Rimba 2 and Kampung Rimba 4.
The Khatam Al-Qur’an function was followed with the recitation of
Doa Khatam Al-Qur’an and
Dikir Marhaban, followed with a religious talk titled "Achieving the Nation's Aspirations Guided by the Quran," delivered by Yang Mulia Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Trained Religious Teacher from JAMA’AT, and concluded with the
Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
This event which was held during the blessed month of
Ramadhan aimed to celebrate Brunei Darussalam’s 41st National Day by reciting the Al-Qur’an, in line with the aspiration to make Brunei Darussalam a Zikir Nation, as well as to express gratitude, seek prayers for the peace and prosperity of the country, and to uphold the sanctity of the Al-Qu’ran among the officers and personnel of the Ministry of Defence.


Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 7 Mac 2025 – Majlis Khatam Al-Qur’an 41 Kali peringkat Kementerian Pertahanan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025 telah diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba pada pagi ini.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan. Turut diundang selaku jemputan khas ialah Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Ketua-ketua Kampung Rimba 2 dan Kampung Rimba 4.
Majlis Khatam Al-Qur’an tersebut disusuli dengan doa Khatam Al-Qur’an dan Dikir Marhaban, seterusnya penyampaian ceramah bertajuk ‘Mencapai Cita Negara Berpandukan Al-Qur’an oleh Yang Mulia Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Guru Ugama Terlatih JAMA’AT dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis yang diadakan di bulan Ramadhan penuh berkah ini bertujuan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41 dengan pembacaan Al-Qur’an, selaras dengan hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, serta menzahirkan rasa syukur, memohon doa untuk keamanan dan kemakmuran negara, dan mengagungkan kesucian Al-Qur’an di kalangan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.