Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE 2024-2025 BUDGET: EFFECTIVE DEFENCE TOGETHER TOWARDS THE SUCCESS OF VISION 2035"



BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday 02 March 2024 - The Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Halbi bin Haji Mohd Yussof presented the budget allocation of BND796,304,785.00 designated for the Ministry of Defence for 2024-2025 financial year on the fourth day of the 20th session of the Legislative Council (LegCo) meeting for 1445 Hijrah / 2024 Masihi. 

Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II emphasised that the strategic considerations for this allocation are based on the increased role of the Ministry of Defence and the dynamic geopolitical and security landscape. This substantial financial commitment reflects the government's dedication to strengthening the country's defence capabilities and ensuring the preservation of national sovereignty and security, based on three core pillars, that is Deterrence and Response, Defence Diplomacy, and Holistic Defence. 

Among those emphasised by Yang Berhormat Pehin are plans to strengthen national security through asset renewal and improvements in maritime defence, air, and underwater surveillance. Vigilant surveillance and detection of underwater threats will be given priority to strengthen national security. A committee within the Ministry of Defence, known as the Defence Capability Committee will periodically evaluate and conduct thorough assessments to ensure that the Royal Brunei Armed Forces' level of involvement consistently aligns with the demands of addressing present challenges and requirements.

In the field of defence diplomacy, the commitment of the Ministry of Defence is to further strengthen cooperation with friendly nations, in line with celebrating four decades of diplomatic relations between Brunei Darussalam and these friendly countries, by focusing on quality partnerships to address security challenges and contribute towards prosperity and regional and global stability. Furthermore, the Ministry of Defence emphasises the concept of Holistic Defence, fostering civilian and military synergy by continuously updating policies and processes to ensure the smooth implementation of tasks and initiatives within and outside the ministry, aligning with the 'Whole-of-Nation' approach aimed at realising the national vision of ‘Wawasan 2035’. 

This comprehensive budget allocation serves as a financial and strategic plan that integrates asset and infrastructure modernisation, international cooperation, and the welfare of military and civilian personnel across all levels of leadership and command. Hence, the Ministry of Defence remains committed to ongoing assessments in military and defence, prioritising considerations like technology selection, leveraging skilled personnel, financial costs, and return on investment implications, which will continue to be guided by the Defence White Paper 2021 to increase the capacity and resilience of the Royal Brunei Armed Forces. 





BAJET KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI TAHUN 2024-2025: PERTAHANAN BERKESAN BERSAMA MENUJU KEJAYAAN WAWASAN 2035

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 02 Mac 2024 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Halbi bin Haji Mohd Yussof telah membentangkan peruntukan bajet sebanyak BND796,304,785.00 yang diluluskan untuk Kementerian Pertahanan dalam tahun kewangan 2024-2025 pada hari ke-empat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menekankan pertimbangan strategik peruntukan ini adalah berdasarkan peranan meningkat Kementerian Pertahanan serta keadaan landskap geopolitik dan keselamatan yang dinamik. Komitmen kewangan yang besar ini mencerminkan dedikasi kerajaan untuk meneguhkan keupayaan pertahanan negara serta memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara, yang bertunjangkan tiga teras utama iaitu Cegah Rintang dan Tindak Balas, Diplomasi Pertahanan, dan Pertahanan Holistik. 

Antara yang ditekankan oleh Yang Berhormat Pehin adalah rancangan bagi memperkukuh keselamatan negara melalui pembaharuan aset dan peningkatan dalam pertahanan maritim, udara, mahupun pengawasan di bawah permukaan air. Sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Pertahanan iaitu Defence Capability Committee akan menyemak dan membuat penilaian yang terperinci dari masa ke semasa untuk memastikan tahap ketumbukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sentiasa menepati keperluan menangani cabaran dan kehendak-kehendak semasa. 

Di bidang diplomasi pertahanan, komitmen Kementarian Pertahanan adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan negara-negara sahabat, selaras dengan menyambut empat dekad jalinan hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara sahabat ini dengan memfokuskan pada perkongsian yang berkualiti bagi menangani cabaran keselamatan serta menyumbang kearah kemakmuran dan kestabilan rantau dan global.  Selain itu, Kementerian Pertahanan menekankan konsep Pertahanan Holistik iaitu memupuk sinergi awam dan tentera dengan sentiasa mengemaskini dasar dan proses untuk melicinkan pelaksanaan tugas dan inisiatif di dalam dan di luar kementerian, sekali gus menerapkan pendekatan senegara, ‘Whole-of-Nation’ bagi mencapai gagasan negara ‘Wawasan 2035’.​

Peruntukan belanjawan yang komprehensif ini berfungsi sebagai rancangan kewangan dan strategi yang menggabungkan pemodenan aset dan prasarana, kerjasama antarabangsa, dan kesejahteraan awam dan tentera dalam semua peringkat kepimpinan dan peringkat yang dipimpin. Kementerian Pertahanan akan sentiasa membuat penilaian berterusan dalam bidang ketenteraan dan pertahanan, memberi keutamaan kepada faktor-faktor seperti pemilihan teknologi, penggunaan sumber manusia yang berkemahiran, kos pembiayaan, dan impak pulangan pelaburan (return of investment) yang akan terus dipandu oleh Kertas Putih Pertahanan 2021 bagi meningkatkan kapasiti dan daya tahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.​


Attachments