Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE PARTICIPATE IN THE ROYAL WEDDING PROCESSION CEREMONY IN THE CAPITAL

BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 14 January 2024 - In conjunction with the Royal Wedding Ceremonies for His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘ Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, a total of 950 officers and personnel from the Ministry of Defence participated in the Royal Wedding motorcade procession ceremony  around the capital today.  

The Royal couple’s motorcade led the procession which was then followed by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Accompanying their Majesties were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; and His Royal Highness Prince ‘Abdul Wakeel as well as other members of the Royal family.

Flanking the Royal motorcade in escort was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF). Also present to escort were 14 senior officers composing Services Commanders, Acting Joint Force Commander RBAF, Deputy Services Commanders and Senior Executive officers of the RBPF. 

Meanwhile the number of Ministry of Defence personnel includes 110 personnel from the combined band from both the RBAF and RBPF, 28 personnel as Royal drivers and carrying Her Royal Princesses Ceremonial Items, 25 personnel as drivers for personnel carrying the Royal Regalia Items, 46 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) personnel carrying Sinipit and Taming, 45 personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) carrying the Pedang, Perisai, Tumbak, Bendarangan, Kabuk and Panastan. 

A total 2275 officers and personnel from government Ministries and uniform establishments were on duty for Benteng Perarakan and 680 civilian officers and personnel attended to witness in welcoming and congratulating the Royal newly weds.











​KEMENTERIAN PERTAHANAN AMBIL SERTA DALAM ISTIADAT PERARAKAN PERKAHWINAN DIRAJA DI IBU NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 Januari 2024 – Bersempena istiadat Perkahwinan Diraja untuk Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘ Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, seramai 950 pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan telah mengambil serta pada isitiadat perarakan motocade Perkahwinan Diraja sekeliling ibu negara hari ini. 

Motorcade Pengantin Diraja mendahului perarakan tersebut diikuti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Berangkat sama adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat Diraja yang lain.
   
Mengapit motocade Pengantin Diraja sebagai pengiring adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Turut hadir untuk mengiringi seramai 14 orang Pegawai-Pegawai Kanan adalah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Timbalan Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera  dan Pegawai-Pegawai Kanan Eksekutif PPDB.  

Manakala anggota-anggota dari ABDB Kementerian Pertahanan yang terlibat terdiri dari 110 orang anggota dari gabungan pencaragam ABDB dan PPDB, 28 orang anggota sebagai Pemandu Diraja dan pembawa Perhiasan Puteri-Puteri, 25 orang anggota sebagai pemandu bagi Pembawa Alat-Alat Kebesaran Diraja, 46 orang anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang membawa Sinipit dan Taming, 45 orang anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang membawa Pedang, Perisai, Tumbak, Bendarangan, Kabuk dan Panastan. 

Seramai 2275 orang pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kerajaan serta Pertubuhan beruniform yang bertugas sebagai Benteng Perarakan dan 680 orang pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan awam juga hadir menyaksikan untuk  mengalu-alukan dan menyembahkan ucapan selamat kepada kedua-dua Pengantin Diraja.



Attachments