Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF DELEGATION ATTENDS 2023 SEOUL DEFENSE DIALOGUE (SDD) AND AEROSPACE AND DEFENSE EXHIBITION (ADEX)



SEOUL, Wednesday, 18 Oktober 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister's Office and Minister ​of Defence II led a delegation of Negara Brunei Darussalam to the Seoul Defense Dialogue (SDD 2023) and Seoul International Aerospace and Defense Exhibition 2023 (Seoul ADEX 2023) held from 17 October 2023 until 22 October 2023 in Seoul, Republic of Korea. The Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Negara Brunei Darussalam to Republic of Korea, Her Excellency Pengiran Hajah Nooriyah binti Pengiran Lela Wijaya Pengiran Haji Yussof was also present during the SDD 2023. 


Marking the forum’s twelfth iteration this year, 2023 SDD was held under the theme "Cooperation for Peace and Prosperity” that aims to promote cooperation for security and peace through dialogue, and to build military confidence in the Asia Pacific, including in the Korean Peninsula. SDD 2023 was officially opened by His Excellency Shin, Won-Sik, Minister of National Defense, Ministry of National Defense, Republic of Korea, and Keynote Address was delivered by His Excellency Ban Ki Moon, former Secretary General of the United Nations. 


SDD is the region’s highest ranking multilateral security dialogue platforms hosted by the Ministry of National Defense, Republic of Korea and this year’s iteration, its attendance was elevated to Ministerial level and comprised of three Plenary Sessions and four Special Sessions delivered by high-level officials and civil security experts discussing on international security issues that resonate with the world beyond the Asia-Pacific region mainly on global security landscape, cyber security, maritime security, national defence management and defence industry.


On the sidelines of SDD 2023, Yang Berhormat Minister at The Prime Minister's Office and Minister of Defence II also had the opportunity to hold informal meetings with his counterparts, the host country, Australia, Malaysia, and Singapore.


SDD 2023 was held concurrently with Seoul ADEX 2023, a major aerospace and defence exhibition in Asia for aviation enthusiasts, aerospace professionals, key defence personnel, and the public. Seoul ADEX, which is held biennially since 2009 in Seoul, South Korea, is participated by over 550 exhibitors from 26 countries, including the United States, United Kingdom, France, Australia, Singapore, Malaysia, and South Korea.




Sesi bergambar ramai bersama Menteri-Menteri Pertahanan rantau dan antarabangsa, ahli-ahli panel yang terdiri dari pegawai peringkat tinggi dan pakar keselamatan awam semasa Seoul Defense Dialogue 2023 di Seoul, Republik Korea




Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II semasa menghadiri forum Seoul Defense Dialogue (SDD) 2023 di Seoul, Republik Korea 




Sesi bergambar ramai Bersama Menteri-Menteri Pertahanan rantau dan antarabangsa, ahli-ahli panel yang terdiri dari pegawai peringkat tinggi dan pakar keselamatan awam. 







DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HADIR DI FORUM 2023 SEOUL DEFENSE DIALOGUE (SDD) DAN PAMERAN SEOUL INTERNATIONAL AEROSPACE AND DEFENSE EXHIBITION (ADEX)


SEOUL, Rabu, 18 Oktober 2023 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke forum 2023 Seoul Defense Dialogue (SDD 2023) dan pameran Seoul International Aerospace and Defense Exhibition (ADEX) yang diadakan pada 17 hingga 22 Oktober 2023 di Seoul, Republik Korea. Duta Besar Istimewa dan Multak Negara Brunei Darussalam ke Republik Korea, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Nooriyah binti Pengiran Lela Wijaya Pengiran Haji Yussof turut hadir di SDD 2023. 


SDD 2023 yang merupakan forum kali ke-12 tahun ini diadakan telah membawakan tema “Kerjasama untuk Keamanan dan Kemakmuran” bertujuan untuk menggalakkan kerjasama demi keselamatan dan keamanan melalui dialog dan membina kepercayaan ketenteraan di Asia Pasifik, termasuk di Semenanjung Korea. SDD tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Shin, Won-Sik, Menteri Pertahanan Nasional, Kementerian Pertahanan Nasional, Republik Korea. Manakala Ucaptama Pembukaan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Ban Ki Moon, mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 


SDD merupakan platform dialog keselamatan pelbagai hala peringkat tertinggi di rantau ini yang dihoskan oleh Kementerian Pertahanan Nasional, Republik Korea dan pengulangan tahun ini peringkat tinggi kehadiran perserta di angkat ke peringkat Menteri dan menyaksikan tiga Sesi Plenari dan empat Sesi Khas disampaikan oleh para pegawai peringkat tinggi dan pakar keselamatan awam, membincangkan isu keselamatan antarabangsa semasa di dalam dan luar rantau Asia Pasifik, keselamatan siber, keselamatan maritim, pengurusan pertahanan negara dan industri pertahanan.


Di samping SDD 2023, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawat dari negara Tuan Rumah, Australia, Malaysia dan Singapura. 


SDD 2023 diadakan serentak dengan Seoul ADEX 2023 iaitu pameran aeroangkasa dan pertahanan yang besar di Asia bagi peminat penerbangan, para profesional aeroangkasa, kakitangan pertahanan utama serta orang ramai. Seoul ADEX diadakan setiap dua tahun sejak 2009 di Seoul, Korea Selatan, disertai oleh lebih 550 peserta pameran dari 26 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Singapura, Malaysia dan Korea Selatan.



Attachments