Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COMMANDER US INDO-PACIFIC COMMAND OFFICIAL VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Monday, 08 August 2022 – The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency Admiral John C. Aquilino, Commander, United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) from 07 until 09 August 2022.


Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Excellency Admiral John C. Aquilino was greeted by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and inspected the Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force.


In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience Admiral John C. Aquilino at the Istana Nurul Iman. 


At the Ministry of Defence, Admiral John C. Aquilino paid separate calls to Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.


During the courtesy calls, both sides affirmed the longstanding and close defence relationship between Brunei Darussalam and the United States of America, which continues to grow and strengthen over the years through extensive bilateral engagements. The relation between the two countries is strengthened by the continuous defence interactions involving the RBAF active engagements in joint exercises, training programs, and other military cooperation with the United States, as well as cooperation at the multilateral level through exercises including the Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC), Chief of Defence Conference (CHOD) as well as through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) framework.  


This is His Excellency Admiral John C. Aquilino’s first visit to Brunei Darussalam since his appointment on 30 April 2021.











LAWATAN RASMI DARIPADA PANGLIMA INDO-PASIFIK AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Isnin, 08 Ogos 2022 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Laksamana John C. Aquilino, Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) dari 07 hingga 09 Ogos 2022.


Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Tuan Yang Terutama Laksamana John C. Aquilino disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Ini diikuti dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei.


Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Laksamana John C. Aquilino di Istana Nurul Iman.


Di Kementerian Pertahanan, Laksamana John C. Aquilino mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak menekankan hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat yang terus berkembang melalui perjumpaan dua hala yang luas. Perhubungan di antara kedua-dua buah negara juga diperkuatkan melalui interaksi pertahanan yang berterusan yang melibatkan penyertaan ABDB secara aktif dalam latihan bersama, program-program latihan, dan lain-lain kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat, serta kerjasama pelbagai hala melalui eksesais termasuk Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC), Chief of Defence Conference (CHOD) dan melalui rangka kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Negara-Negara Plus (ADMM-Plus).


Lawatan ini merupakan lawatan pertama Tuan Yang Terutama Laksamana John C. Aquilino ke Negara Brunei Darussalam semenjak pelantikannya sebagai Panglima United States Indo-Pacific Command pada 30 April 2021.


Attachments