Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI AIR FORCE’S 56TH ANNIVERSARY CELEBRATION


RIMBA, Friday, 24 June 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commemorated its 56th anniversary today at Punai Hall, Rimba Air Force Base. The ceremony’s guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF.


During the ceremony, the Commander of RBAirF delivered a speech where he highlighted that this year’s anniversary employed a unique concept that was aligned with the completion of Exercise Alap-Alap IX/2022. He further acknowledged the wide variety challenges faced by the nation due to COVID-19, and stressed on the importance for RBAirF to remain flexible, adaptable and professional in support of national requirements. 


In light of this, the Commander of RBAirF apprised the recent capability developments within the RBAirF, including the Unmanned Aerial System (UAS) of 39 Squadron launched by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to enhance aerial surveillance and situational awareness. He also acknowledged the induction of the Aerial Gunnery system, Minigun M134D which will augment the firepower for air-to-ground defence. He added that efforts to enhance air capability required skilled and capable personnel, who consistently remained committed and aligned with the RBAirF’s core values of ‘Service Above Self, Teamwork and Excellence’.

 

The Commander of RBAirF also proceeded to launch the RBAirF’s official Instagram account in conjunction with this year’s anniversary, which will enable the RBAirF to share recent events and engaged with the wider audience.

 

The event continued with a cake cutting ceremony and concluded with a Doa Selamat recited by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Officer.







 

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-56


RIMBA, Jumaat, 24 Jun 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini memperingati ulang tahun TUDB yang ke-56 di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.


Semasa majlis tersebut, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan di mana beliau menekankan bahawa ulang tahun pada kali ini adalah menggunakan konsep unik yang mana ia diselaraskan dengan penutup Eksesais Alap-Alap IX/2022. Pelbagai cabaran telah dilalui berikutan penularan COVID-19, justeru beliau menekankan kepentingan TUDB untuk menerapkan fleksibiliti, adaptabiliti dan profesionalisme dalam mendukung keperluan negara. 


Sehubungan dengan itu, Pemerintah TUDB juga memaklumkan perkembangan keupayaan terkini dalam TUDB, di antaranya adalah Sistem Udara Tanpa Pemandu (UAS), 39 Skuadron yang telah dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, untuk meningkatkan pengawasan dan kesedaran situasi ruang udara, dan pengiktirafan sistem Aerial Gunnery, Minigun M134D yang akan menambah kuasa tembakan untuk pertahanan udara-ke-darat. Beliau menambah bahawa usaha untuk mempertingkatkan keupayaan udara memerlukan anggota yang berkemahiran dan berkebolehan, dan perlu konsisten dan komited, sejajar dengan nilai teras TUDB, ‘Service Above Self, Teamwork and Excellence’.

 

Pemerintah TUDB kemudian melancarkan akaun Instagram rasmi bersempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-56, yang mana akan dapat memperluaskan jangkauan maklumat dan berita terkini mengenai TUDB kepada orang ramai.

 

Majlis diikuti dengan upacara memotong kek di mana Doa Selamat turut dibacakan oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Pegawai Agama TUDB bagi memberkati majlis tersebut.


Attachments