Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THIRD BATALLION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PROVIDES TRANSPORTATION ASSISTANCE TO THE MINISTRY OF HEALTH MOBILE VACCINATION SERVICE

MUKIM LABI, Wednesday, 13 October 2021 – Task Group Bravo 4 (TGB4), Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) provided transportation assistance for the Ministry of Health (MoH) Mobile Vaccination Service at Labi Health Clinic.  TGB4 conducted the assistance for two days, from 12 to 13 October 2021.

Three minibuses provided by TGB4 transferred residents of Mukim Labi from Bukit Sawat and Merangking Multi-purpose hall to Labi Health Clinic to undergo vaccination and swab tests. TGB4 also used the minibuses to deliver swab test specimens directly to Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. In addition, mobile vaccinations for the residents of Mukim Labi with health issues will also be conducted at their respective houses on the next day, following the protocols that the MoH has set.
 
Such assistance emphasises the importance of RBLF's Whole of Nation approach in collaborating with other government and non-government agencies to combat the COVID-19 pandemic.







BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERIKAN BANTUAN PENGANGKUTAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI PERKHIDMATAN VAKSINASI BERGERAK DI KLINIK KESIHATAN LABI

MUKIM LABI, Rabu, 13 Oktober 2021 – Task Group Bravo 4 (TGB4), Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah diaturgerak untuk memberikan bantuan pengangkutan kepada Perkhidmatan Vaksinasi Bergerak Kementerian Kesihatan bertempat di Klinik Kesihatan Labi. TGB4 memberikan bantuan selama dua hari bermula pada 12 sehingga 13 Oktober 2021.
 
Tiga buah bas mini yang disediakan oleh TGB4 telah digunakan bagi pengangkutan penduduk dari Bukit Sawat dan dari Dewan Serbaguna Merangking menuju ke Klinik Kesihatan Labi, di mana mereka menerima suntikan Vaksin COVID-19 serta ujian jaringan swab. Bantuan pengangkutan yang disediakan juga digunakan bagi penghantaran semua hasil ujian jaringan swab yang dikumpulkan terus ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Vaksinasi bergerak untuk penduduk Mukim Labi yang menghadapi masalah kesihatan juga akan dilaksanakan di rumah kediaman masing-masing pada hari berikutnya, mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
 
Bantuan tersebut menekankan kepentingan Pendekatan Senegara TDDB dalam bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan lain dalam usaha menangani wabak COVID-19 .



Attachments