Skip Ribbon Commands
Skip to main content
33 OFFICERS COMPLETES 11TH RBAF COMMAND AND STAFF COURSE

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 13 October 2021 – A total of 33 officers have completed the 11th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC), in a closing ceremony held virtually for the first time today. 


Present as the guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. Also present were Commander of the RBAF, Vice-Chancellor of University Brunei Darussalam (UBD), Ambassadors, High Commissioners, Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Service Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries of Ministry of Defence, Representatives from Foreign Missions in Brunei Darussalam, Resident and Non-Resident Defence Advisers and Defence Attachés to Brunei Darussalam, Directors, Commandants, UBD faculty members as well as senior RBAF officers.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Mujadilah verse 11-12 led by the international course participant, Major Muhammad Mushawwir bin Che Azuha, Malaysian Army, who was the winner of the Malaysian Army's Tilawah Al-Quran Competition in 2018 and 2019, as well as the Malaysian Armed Forces' Tilawah Al-Quran Competition runner-up in 2019. 

The ceremony then proceeded with a welcoming remark by Lieutenant Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Acting Commandant of the Defence Academy RBAF and followed by a speech by Yang Berhormat Minister of Defence II. In his speech, Yang Berhormat Minister of Defence II, congratulated the participants for completing the rigorous and demanding 40-weeks long course under the current new norm and highlighted adaptation as one of the key to embrace the new normal in order to navigate through the changes and challenges posed by the current COVID-19 pandemic. 

Yang Berhormat Minister of Defence II also appreciated the collaborative efforts by the Defence Academy RBAF and University of Brunei Darussalam for their continuous efforts to ensure the academic portion of the course remained relevant to the current security landscape. With the completion of the course, he emphasised the need for all participants to think critically and be innovative in resolving complex issues in multiple dimensions and have the intellectual and emotional honesty to speak truth to power once they assume higher appointments in the future. 

Quoting from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s titah during Brunei Darussalam's 37th National Day this year, Yang Berhormat Minister of Defence II further highlighted the need to develop ourselves and adapt to the ever-changing environment in order to remain resilient and relevant as well as to seize new opportunities amidst the challenges we face. Furthermore, he stressed the need for future leaders to include dynamism for peace rather than conflict alone and hope all the participants will take their own valuable experiences from the course and reflect it positively towards the promotion of global peace and stability.

As with previous years, course certificates and special recognition awards were presented to the course participants. This year, course participants received their certificates virtually, followed by the announcement of the award winners. This year, Major Ho Jin Peng of the Singapore Armed Forces received the Overall Excellence Award and the Academic Excellence Award. Major (U) Arif Shamirul bin Salleh of the Royal Brunei Air Force received the RBAF Commendation Award, while Major (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Md Aminuddin of the Royal Brunei Air Force received the Commandant's Award. Both local award recipients are the ‘home grown products’ from the first intake of the Royal Brunei Armed Forces Officer Cadet School in 2008.

Participants who successfully complete the course will be awarded the passed staff course (joint) (psc(j)) and receive the UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies, as well as the opportunity to pursue a Master's degree in Defence and Security Studies.

Officers from the RBAF, RBPF and the Internal Security Department are amongst the 11th RBAF CSC participants, who are joined by 13 international participants from the People's Republic of Bangladesh, the Republic of India, the Republic of Indonesia, Malaysia, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, Saudi Arabia, the Republic of Singapore, Thailand, and the United States.

The 40-week course, delivered in collaboration with UBD, aims to broaden officers' perspectives and professional expertise by exploring current strategic environment issues and their implications for those working in the defence and security fields through tactical and academic approaches and disciplines. Despite the challenges posed of the second wave of COVID-19, the Command and Staff College are able deliver and adapt to the new method of delivering the course via virtual classes.

Since its inception in 2010, the Defence Academy RBAF has successfully conducted training and military education at various levels for the RBAF officers, as well as officers from local security agencies and international officers, in line with the objectives of RBAF to establish RBAF Defence Academy as the world-class professional military education institution. 








33 PEGAWAI TAMAT KURSUS MAKTAB TURUS ABDB KE-11

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Oktober 2021– Seramai 33 pegawai telah menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sesi ke-11 pada hari ini di majlis penutup yang berlangsung buat julung kalinya secara dalam talian. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Naib-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Duta dan  Pesuruhjaya Tinggi luar negara di Negara Brunei Darussalam, Penolong Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Perwakilan dari Pejabat Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi luar nagara di Negara Brunei Darussalam, Atase dan Penasihat Pertahanan Menetap/Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, Ahli-ahli Fakulti daripada UBD dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mujadilah ayat 11-12 dibacakan oleh salah seorang peserta kursus luar negara, Mejar Muhammad Mushawwir bin Che Azuha, Tentera Darat Malaysia, yang merupakan juara bagi Musabaqah Tilawah Al-Quran di Peringkat Tentera Darat Malaysia pada tahun 2018 dan 2019 serta telah meraih tempat kedua bagi Perlawanan Tilawah Al-Quran di Peringkat Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2019.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Leftenan Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan ABDB diikuti dengan ucapan oleh Tetamu Kehormat. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengucapkan tahniah kepada para peserta kursus kerana telah berjaya melalui kursus yang cukup mencabar selama 40 minggu tersebut dilaksanakan dalam norma baharu dan menekankan adaptasi adalah sebagai salah satu kunci utama dalam melalui perubahan dan cabaran yang ditimbulkan oleh wabak COVID-19. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga menyampaikan ucapan penghargaan atas kerjasama dan usaha berterusan diantara Akademi Pertahanan ABDB dan Univeristi Brunei Daussalam dalam memastikan modul akademik kursus tersebut tetap revelan dengan keadaan semasa dan menghargai kejayaan dalam pengendalian modul Perancangan Operasi (Operational Planning) yang telah disampaikan sepenuhnya secara dalam talian. Dengan tamatnya kursus ini, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menekankan kepentingan bagi semua peserta kursus untuk berfikir secara kritikal dan inovatif dalam menangani perkara-perkara yang kompleks yang timbul dari segenap dimensi, dan mengamalkan emotional honesty sebagai persiapan bagi menjawat jawatan dan tanggungjawab yang lebih besar dimasa akan datang. 

Yang Berhormat Menteri pertahanan Kedua seterusnya memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun ini dan menekankan keperluan bagi semua untuk mengembangkan keupayaan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah untuk terus berdaya tahan dan tetap relevan serta merebut peluang yang ada. Beliau juga menekankan perlunya pemimpin untuk mempunyai dinamika pemikiran kearah perdamaian dalam mempromosikan keamananan dan kestabilan global. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sijil kursus dan beberapa anugerah penghargaan diberikan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus. Pada tahun ini, peserta-peserta kursus menerima sijil kursus secara dalam talian diikuti dengan pengumuman pemenang-pemenang anugerah. Mejar Ho Jin Peng daripada Angkatan Bersenjata Republik Singapura telah menerima Anugerah RBAF CSC Overall Excellence and Anugerah Academic Excellence. Mejar (U) Arif Shamirul daripada Tentera Udara Diraja Brunei menerima Anugerah RBAF Commendation Award, manakala Mejar (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Md Aminuddin daripada Tentera Udara Diraja Brunei menerima Anugerah Commandant’s Award. Kedua-dua pagawai tempatan yang memenangi anugerah adalah ‘home grown products’ iaitu pegawai-pegawai yang dilatih dari pengambilan pertama Sekolah Pegawai Kadet ABDB tahun 2008.

Peserta-peserta kursus yang berjaya akan diberikan kelulusan passed staff course (joint) (psc(j)) dan kelulusan UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies serta peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Defence and Security Studies di UBD.

Pegawai-pegawai daripada ABDB, PPDB dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) adalah di antara peserta-peserta Kursus Maktab Turus ABDB sesi ke-11 yang mana turut disertai oleh 13 peserta antarabangsa dari Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Kursus yang dijalankan selama 40 minggu ini dikendalikan dengan kerjasama UBD dengan tujuan untuk memperluaskan perspektif dan pengetahuan profesional secara taktikal dan akademik serta disiplin bagi mengkaji persekitaran strategik semasa dan kesannya terhadap tugasan mereka sebagai pakar dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Walaupun dengan adanya cabaran daripada keadaan gelombang kedua COVID-19, Maktab Turus Akademi Pertahanan ABDB telah mampu melaksanakan dan mengadaptasi pendekatan baharu dalam menyampaikan pembelajaran secara maya. 

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Akademi Pertahanan ABDB berjaya mengendalikan latihan dan pendidikan tentera di pelbagai peringkat bagi Pegawai-pegawai ABDB, serta Pegawai-pegawai daripada agensi keselamatan tempatan dan Pegawai-pegawai antarabangsa selaras dengan objektif ABDB dalam menubuhkan Akademi Pertahanan ABDB untuk menjadi sebuah institusi pendidikan profesional ketenteraan yang bertaraf dunia. 



Attachments