Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM WITNESSES HIKMAT BERSATU VI/2021 EXERCISE

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 29 July 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today witnessed the Hikmat Bersatu VI/2021 (HB VI) Exercise.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.

Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Majesty was welcomed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; and Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Commander. His Majesty was then introduced to the Heads of the exercise’s organising team.

His Majesty was then invited to visit the Joint Operations Centre’s Briefing Room in which the RBAF Commander presented his welcoming address and subsequently followed with the operational briefing presented by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, RBAF Joint Force Commander.

After the briefing, His Majesty toured the Joint Operations Centre and its components and then boarded the Blackhawk S70i to proceed to the Fighting In Built Up Areas (FIBUA) Village at Penanjong Garrison.

On his arrival to Penanjong Garrison’s landing pad, His Majesty was greeted by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant of the Training Institute RBAF before proceeding to the FIBUA Village.

On arriving at the FIBUA Village, His Majesty was greeted by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and was then briefed by Lieutenant Colonel Haji Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of Third Battalion, RBLF before witnessing a joint operation conducted by the RBLF and the Special Force Regiment (SFR), combined with support from the British Forces Brunei. This operation demonstrated the RBAF’s ability to conduct combined operations in a range of complex environments as the Forces advanced into an urban setting.

Moving from Penanjong Garrison, His Majesty then boarded Blackhawk S70i and was flown to KDB DARUTTAQWA to witness a maritime interdiction operation. Upon his arrival, His Majesty was greeted by Captain Khairil Haji Abdul Rahman, Fleet Commander of the Royal Brunei Navy (RBN). His Majesty then witnessed the operation in which His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen was a member of the team conducting a hostage rescue operation on a hijacked ship.

His Majesty then boarded the Blackhawk S70i to proceed to Muara Naval base where His Majesty’s arrival was greeted by Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Deputy Commander RBN.

At the end of the visit, His Majesty attended a luncheon with the Ministry of Defence and RBAF senior officials at Royal Brunei Navy Officers’ Mess. After the luncheon, His Majesty was presented with a ‘pesambah’, followed by the signing of the Royal Parchment and a group photograph session.

HB VI/2021 Exercise, focuses on a scenario centred on the military’s contribution to tackling Non-Traditional Security threats like terrorism and illegal activities of organised crime. The exercise commenced on 26 July 2021 and is scheduled to end on 31 July 2021. This exercise is also assisted by the Royal Brunei Police Force, the Gurkha Reserve Unit and Second Battalion of the Royal Gurkha Rifles.













KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT MENYAKSIKAN EKSESAIS HIKMAT BERSATU VI/2021

BOLKIAH GARISON, Khamis, 29 Julai 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat untuk menyaksikan secara dekat Eksesais Hikmat Bersatu VI/2021 (HB VI/2021).

Mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya disembahkenalkan kepada Ketua-Ketua Pengendali bagi Eksesais tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian dijunjung beredar ke Bilik Taklimat, Markas Angkatan Bersama ABDB bagi sembah alu-aluan daripada Pemerintah ABDB, diikuti dengan sembah penerangan operasi mengenai Eksesais Hikmat Bersatu VI/2021 oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.

Setelah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat beredar untuk melawat Pusat Gerakan Bersama dan komponen-komponen di bawahnya sebelum berangkat ke Perkampungan FIBUA (Fighting In Built Up Area), Penanjong Garison menaiki pesawat helikopter Blackhawk S70i.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di tapak pendaratan Penanjong Garison dijunjung oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB sebelum beredar ke Perkampungan FIBUA.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Perkampungan FIBUA dijunjung oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Baginda seterusnya dijunjung mendengarkan sembah taklimat daripada Leftenan Kolonel Haji Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga, TDDB sebelum menyaksikan operasi bersama yang dikendalikan oleh TDDB dan Rejimen Pasukan Khas ABDB, dengan sokongan daripada British Forces Brunei. Operasi tersebut menunjukkan keupayaan ABDB dalam menjalankan operasi gabungan di pelbagai persekitaran sambil menuju ke arah suasana bandar.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung berangkat menaiki pesawat helikopter Blackhawk S70i dan mendarat di atas kapal KDB DARUTTAQWA bagi menyaksikan serangan penahanan di laut (Maritime Interdiction Operations). Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Baginda kemudiannya juga menyaksikan operasi menyelamat tawanan yang ditawan kumpulan penggempur yang merampas kapal dimana paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen juga turut menyertai tim operasi menyelamat tawanan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung berangkat menaiki pesawat helikopter Blackhawk S70i menuju ke Pangkalan TLDB. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Timbalan Pemerintah TLDB.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Eksesais HB VI/2021 berakhir di Mes Pegawai TLDB bagi Majlis Santap Tengahari bersama Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Selepas Majlis Santap, Baginda berkenan menerima pasambah, diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan keberangkatan dan sesi bergambar ramai.

Senario Eksesais HB VI/2021 ini memberi tumpuan terhadap sumbangan ketenteraan dalam menangani ancaman Keselamatan Bukan Tradisional seperti serangan pengganas dan isu jenayah penyeludupan dan barang-barang tegahan. Eksesais ini telah bermula pada 26 Julai 2021 dan akan berakhir pada 31 Julai 2021. Turut terlibat semasa eksesais ini ialah Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Simpanan Gurkha dan Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles.


Attachments