Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HANDED DONATIONS TO ORPHANS AT TUTONG DISTRICT

TUTONG DISTRICT, Saturday, 1 May 2021 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), under the ongoing Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach programme presented donations to 25 orphans in Tutong District.

Two functions were held back-to-back at Masjid Kampung Bang Dalam in Mukim Lamunin and Masjid Kampung Benutan in Mukim Rambai. A mass Fardu Asar prayer was performed with the residents at Masjid Kampung Bang Dalam followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil for the deceased parents of the orphans. The function continued with donations presented to the orphans.

A similar function also took place at Masjid Kampung Benutan which began with a recitation of Surah Yasin and Tahlil, handing over of donations, an Iftar with the orphans and the community at Kampung Benutan. This proceeded with Fardu Maghrib and Isyak, Sunat Tarawih and Witir prayers and concluded with a Tadarus Al-Quran.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Permanent Secretary of MINDEF, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Deputy Permanent Secretaries, Acting Penghulu of Mukim Lamunin, village heads, other relevant stakeholders, officers and personnel from MINDEF and the RBAF.

The functions were jointly organised by the Second Battalion of the RBLF (2Bn RBLF) and the RBAF Religious Department (JAMA’AT) as one of the many functions under the programme aimed at alleviating the burden of orphans in celebrating Ramadhan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri in addition to enlivening the month of Ramadhan Al-Mubarak by performing amal jariah ibadah.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI DAERAH TUTONG 

DAERAH TUTONG, Sabtu, 1 Mei 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyampaikan sumbangan derma kepada 25 orang anak-anak yatim di Daerah Tutong di bawah Program Tahunan Ihya Ramadhan dan Jangkauan Ramadhan hari ini. 

Dua buah acara diadakan secara berturut-turut bermula di Masjid Kampung Bang Dalam, Mukim Lamunin dan dilanjutkan di Masjid Kampung Benutan, Mukim Rambai. Di Masjid Kampung Bang Dalam, sembahyang Fardu Asar ditunaikan bersama penduduk setempat diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk ibu bapa anak-anak yatim yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diteruskan dengan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

Acara diteruskan di Masjid Kampung Benutan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, penyerahan sumbangan derma, berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan masyarakat di Kampung Benutan, sembahyang Fardu Marghrib dan Isyak, sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Penghulu Mukim Lamunin, Ketua-ketua Kampung, pihak-pihak berkepentingan serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) tersebut adalah sebahagian daripada acara-acara keugamaan di bawah program tersebut yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa bulan Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping menyemarakkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan membuat ibadah amal jariah.


Attachments