Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF ENLIVEN RAMADHAN AT TEMBURONG DISTRICT

KG SELANGAN, Sunday, 25 April 2021 – The ongoing annual Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach programme was held at Kampung Selangan today.

The function jointly organised by the First Battalion of the Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and the RBAF Religious Department (JAMA’AT) was one of the many functions under the programme aimed at strengthening the ties especially with the rural community, to collectively acquire the abundant benefits and reward promised by Allah Subhanahu Wata’ala this holy month of Ramadan.

At Kampung Selangan Mosque, the function began with Fardu Isyak, Sunat Tarawih and Witir Prayers led by Imam Mahdini bin Kamis. The function continued with a Tadarus Al-Quran by the congregation and concluded with the handing over of donations to the kampung mosque. Prior to that, a religious event was also conducted at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp. This was followed by a dinner with Mukim Penghulu and Village Heads from the Temburong District.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Permanent Secretary at MINDEF, RBLF Commander, Deputy Permanent Secretaries, and officers and personnel from MINDEF and RBAF.






KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HIDUPKAN RAMADHANDI DAERAH TEMBURONG

KG SELANGAN, Ahad, 25 April 2021 – Program Tahunan Ihya Ramadhan dan Jangkauan Ramadhan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang sedang berterusan diadakan di Kampung Selangan pada hari ini.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) tersebut adalah sebahagian daripada acara-acara keugamaan di bawah program tersebut yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, terutama bersama masyarakat setempat dalam sama-sama merebut kemanfaatan dan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata’ala di bulan Ramadhan.

Di Masjid Kampung Selangan, majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir diketuai oleh Imam Mahdini bin Kamis. Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran oleh para jemaah dan diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid kampung tersebut. Sebelum itu, sebuah majlis keugamaan telah diadakan di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar. Ini diikuti dengan jamuan malam bersama Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung dari Daerah Temburong.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Attachments