Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DOA KESYUKURAN CEREMONY TO MARK 37th NATIONAL DAY CELEBRATION

BOLKIAH GARRISON, Monday, 22 February 2021 - The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held Doa Kesyukuran event to mark Brunei Darussalam’s 37th National Day celebration at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison, Ministry of Defence.

The event commenced with a recitation of Al-Quran verses read by Lance Corporal Awang Muhd Julilmi bin Awang Haji Julahia from the RBAF Religious Department, followed by congregational Maghrib and Hajat prayers, a mass reading of Surah Yaasin, and Doa Kesyukuran. The event concluded with a congregational Isya’ prayer led by Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’. 

Present as the Guest of Honour was Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Chief of Staff of RBAF. Also present at the event were senior officers, officers and personnel of the RBAF.

All suraus in the RBAF garrisons and camps held similar events, including at Pulau Baru-Baru mosque. 






MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE- 37 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Isnin, 22 Februari 2021 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-37 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibacakan oleh Lans Korporal Awang Muhd Julilmi bin Awang Haji Julahia dari Jabatan Agama ABDB dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dipimpin oleh Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. 

Hadir ialah Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Ketua Staf ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garison dan perkhemahan ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.


Attachments