Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CHANGE OF COMMAND PARADE FOR THE COMMANDER OF AIR FORCE

AIR FORCE BASE, Friday, 17 August 2018 – With the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat will take over from Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah as the Commander of RBAirF at a Change of Command Parade at the Rimba Air Force Base.

At the parade ceremony witnessed by senior officers, officers, airmen, airwomen and non-uniformed personnel of the RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar, the outgoing Commander of RBAirF received the Honourary Salute by the Guard of Honour, and proceeded to inspect the Guard of Honour contingent mounted by 109 RBAirF personnel led by Major (U) Pg Mohammad Azizul bin Pg Mohammad Yussof. 

In his final speech as the outgoing 13th Commander of the RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar expressed his utmost gratitude towards His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for the trust bestowed upon him during his tenure as Commander of RBAirF for three years. He also extended his appreciation to all members of the RBAirF for their support throughout his service. 

Emphasising that human resource is important and critical to the development of a credible organisation, the outgoing Commander of RBAirF highlighted three traits – honesty, trust, and loyalty – that are essential for every member of RBAirF in order to build up a strong RBAirF anchored on its core values.  

A signing ceremony of Handing Over Certificate was then held, with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar presenting the certificate to Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, which marks the official handover before the recitation of ‘Doa Selamat’ and his farewell Honourary Salute.

The ceremony subsequently proceeded with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, the new Commander of RBAirF receiving the Honourary Salute and inspected the Guard of Honour followed by his inaugural speech as the 14th Commander of RBAirF. 

Prior to his new appointment, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah held the position of Joint Force Commander of the Royal Brunei Armed Forces since 2014. He joined the RBAF in 1988 and graduated from Initial Officer Training from Royal Air Force (RAF) Cranwell, United Kingdom. During the course of his military career, he has held, amongst others, the appointments of Officer Commanding (OC) of the Flying Training School (FTS), Commanding Officer (CO) of Operation Wing, and Chief of Staff of Joint Force Headquarters. 

In his speech, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah conveyed his utmost gratitude towards His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for the trust given to him to take over the responsibility as the new Commander of the Air Force. He also thanked Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar for his contributions in developing the RBAirF as it is today. The new Commander of Air Force also emphasised the importance of teamwork, commitment and discipline, as well as the spiritual values based on the Malay Islamic Monarchy philosophy.

The new Commander of RBAirF then ushered Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar to a Tree Planting Ceremony witnessed by officers of the RBAirF. In bidding his farewell, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar marched together with the officers, airmen and airwomen of the RBAirF to the Air Movement Centre prior to his final flight on a Blackhawk helicopter. 

Enlisting into the Royal Brunei Armed Force in 1986, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar had dedicated 32 years of his life serving the RBAirF with distinction. He started his operational flying career at No. 1 Sqn, Operations Wing (now known as 11 Sqn, No. 1 Wing). He has also held notable appointments during his service, such as Commanding Officer (CO) of Training Wing (now known as No. 7 Wing) in the RBAirF, Defence Adviser of Brunei Darussalam to Malaysia, and Director of Force Capability Development, prior to becoming Deputy Commander of RBAirF and eventually, Commander of RBAirF. On 10 August 2018, by the command of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, he is currently serving as Permanent Secretary of the Ministry of Defence of Brunei Darussalam.






UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 17 Ogos 2018 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah dilantik sebagai Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru, mengambil alih daripada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah dalam Upcara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Dalam Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan semua warga anggota TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar menerima Tabik Hormat, dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 109 anggota TUDB di bawah perintah Mejar (U) Pg Mohammad Azizul bin Pg Mohammad Yussof. 

Semasa menyampaikan ucapan perpisahan beliau, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah perkenan serta kepercayaan Baginda melantik beliau untuk menerajui tampuk Pemerintahan TUDB selama hampir tiga tahun. Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar juga melanjutkan penghargaan kepada semua lapisan peringkat warga TUDB di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan di sepanjang perkhidmatan beliau.

Beliau juga menekankan bahawa sumber tenaga manusia adalah sangat penting dalam pembangunan organisasi yang berwibawa di mana nilai-nilai seperti kejujuran, amanah dan taat setia perlu ditanamkan di dalam sanubari setiap anggota TUDB untuk membina TUDB yang mantap di atas nilai terasnya.

Upacara diteruskan dengan Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Pemerintah TUDB, yang kemudian diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan menerima Tabik Hormat Perpisahan.

Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB kemudiannya diteruskan dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB yang baru menerima Tabik Hormat serta memeriksa barisan Kawalan Kehormatan, diikuti dengan memberikan ucapan sebagai Pemerintah TUDB yang ke-14. 

Sebelum pelantikan beliau yang baru, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah memegang jawatan sebagai Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sejak tahun 2014. Beliau telah menyertai ABDB pada tahun 1988 dan telah menjalani Initial Officer Training di Royal Air Force (RAF) Cranwell, United Kingdom. Dalam kerjaya tentera beliau, beliau telah dilantik, antaralainnya, sebagai Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Penerbangan (FTS), Pegawai Pemerintah (CO) Operation Wing, dan Ketua Staf Angkatan Bersama.

Dalam ucapan pertama beliau sebagai Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah memulakan ucapan dengan merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah perkenan serta kepercayaan Baginda untuk beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Pemerintah TUDB yang baru. Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar di atas sumbangan yang signifikan dalam memajukan TUDB semasa masa perkhidmatan beliau. Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama, komitmen, disiplin serta nilai-nilai kerohanian berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja. 

Pemerintah TUDB kemudian menjemput Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar ke Majlis Penanaman Pokok yang disaksikan oleh pegawai-pegawai TUDB. Semasa acara perpisahan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar berarak bersama dengan pegawai-pegawai dan anggota TUDB di sepanjang jalan utama Pangkalan TUDB ke Pusat Pergerakan Udara (PGU) sebelum menaiki pesawat Blackhawk bagi penerbangan terakhir beliau.

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah telah mendaftar ke Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun 1986, di mana beliau telah berkhidmat dengan cemerlang selama 32 tahun. Beliau memulakan kerjaya penerbangan operasinya di No. 1 Skn, Operations Wing (kini dikenali sebagai 11 Skn, No. 1 Wing). Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Training Wing (kini dikenali sebagai No. 7 Wing), Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, dan Pengarah Pembangunan Keupayaan Tentera, sebelum menjadi Timbalan Pemerintah TUDB dan akhirnya, Pemerintah TUDB. Pada 10 Ogos 2018, pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam. 

Attachments