MUARA, Monday, 2 April 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Chief of Royal Malaysian Navy (RMN), Yang Berbahagia Admiral Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, in recognition for his services in enhancing the relations between RBN and RMN.
The award was presented by First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, the acting Commander of RBAF at the RBN Headquarters.
Following the award, Chief of Royal Malaysian Navy paid a courtesy call to the Acting Commander of RBAF. Also present during the call was the Commander Eastern Fleet RMN, Yang Berbahagia Vice Admiral Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman. During the call, the Acting Commander of RBAF congratulated Chief of RMN for being recipient of the RBN Command Badge. Both sides discussed on the cooperative activities between the navies of both countries, which includes exercises and training.
During his two-day visit, Chief of Royal Malaysian Navy also had the opportunity to participate in the golf tournament held at the Royal Brunei Golf & Country Club, Jerudong, in conjunction with Sukan Muhibah BRUMAL 2018.
Sukan Muhibbah BRUMAL 2018 is a sports interaction initiative between RBN and RMN that took place on 1st April 2018. The aim of this interaction is to enhance the social and professional relationship between officers and personnel of the two navies.
Yang Berbahagia Admiral Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin took over the post as the Chief of RMN on 18 November 2015.
PANGLIMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DIANUGERAHKAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Isnin, 2 April 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah memperkenankan bagi menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan TLDM.
Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah ABDB.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia membuat kunjungan hormat kepada Pemangku Pemerintah ABDB. Turut hadir kunjungan hormat berkenaan ialah Panglima Armada Timur TLDM, Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman. Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah kepada Panglima TLDM atas penganugerahan Lencana Perintah TLDB tersebut. Kedua-dua pihak juga membincangkan mengenai aktiviti-aktivit kerjasama di antara kedua-dua tentera laut, termasuk bidang eksesais dan latihan.
Semasa lawatan dua hari beliau, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia berpeluang untuk menyertai pertandingan golf yang diadakan di Royal Brunei Golf & Country Club, Jerudong sempena Sukan Muhibah BRUMAL 2018.
Sukan Muhibbah BRUMAL 2018 adalah inisiatif sukan interaksi diantara TLDB dengan TLDM yang telah dilaksanakan pada 01 April 2018, bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dan interaksi sosial di antara pegawai-pegawai dan anggota-anggota kedua tentera laut.
Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin telah memegang jawatan sebagai Panglima TLDM sejak 18 November 2015.