Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Rabu 31 Julai 2013 – Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Sambutan Nuzul Al-Quran dengan mengadakan ceramah khas ugama yang berlangsung di Surau Bolkiah Garrison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.  Turut hadir ialah Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam,  Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dibacakan oleh 821 Lt (U) Wan Md Azem bin Hj Md Aminuddin dan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah.  Majlis diteruskan dengan ceramah khas ugama bertajuk `Kesan Membaca Al-Quran terhadap kehidupan dan kematian’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiyah, Ustaz Ali Hassan bin Md Said.






Attachments