RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 29 September 2025 – The Ministry of Defence, through the Royal Brunei Air Force (RBAirF), provided air transport assistance for the Brunei Darussalam National Contingent to the 6th Borneo Games 2025, held in Kuching, Sarawak, from 24 to 28 September 2025.


The national contingent, comprising five coaches and 25 athletes, departed from the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base on 22 September 2025 and returned on 29 September 2025 onboard the RBAirF C295MW aircraft. 


This assistance reflects the Ministry of Defence’s commitment towards national development efforts and fostering the spirit of unity through sports. It also underscores the MInistry’s role in contributing to whole-of-nation approach, that extend beyond defence and security.


The 6th Borneo Games is a regional sporting event that aims to strengthens ties among Borneo nations, while promoting sportsmanship, camaraderie, and healthy lifestyles among youth and athletes. 


At the games, the National Contingent successfully secured a total of four gold medals, seven silver medals and seven bronze medals through aquatic sports (swimming), tug-of-war and athletics. Contributing to the medal tally was private Awang Muhammad Arif bin Zulkifli from the Royal Brunei Land Forces, who competed in the 1500m and 5000m athletics events and secured two bronze medals.


The Ministry of Defence extends its warmest congratulations and appreciation to the Brunei Darussalam National Contingent on their achievements in bringing pride to the nation on the regional stage.
















KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR BANTUAN PENGANGKUTAN UDARA BAGI PENGHANTARAN KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SUKAN BORNEO KE-6 2025, KUCHING, SARAWAK





PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 29 September 2025 – Kementerian Pertahanan, melalui Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menghulurkan bantuan pengangkutan udara bagi penghantaran Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Borneo Ke-6 2025, yang berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 24 hingga 28 September 2025.


Kontinjen negara yang terdiri daripada lima jurulatih dan 25 orang atlet telah berlepas dari Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba pada 22 September 2025 dan kembali ke tanah air pada 29 September 2025 dengan menggunakan pesawat C295MW TUDB. 


Bantuan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam menyokong usaha pembangunan negara serta memupuk semangat perpaduan melalui sukan. Ia juga menzahirkan peranan Kementerian Pertahanan dalam menyumbang kepada pendekatan
‘whole-of-nation’ selain daripada aspek pertahanan dan keselamatan.


Sukan Borneo Ke-6 merupakan acara sukan serantau yang bertujuan mengeratkan hubungan antara negara-negara Borneo yang mengambil bahagian, disamping memupuk semangat kesukanan, persahabatan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia dan atlet. 


Dalam kejohanan tersebut, kontinjen negara telah berjaya meraih sebanyak empat pingat emas, tujuh pingat perak dan tujuh pingat gangsa melalui sukan akuatik (renang), tarik tali dan olahraga. Turut menyumbang kepada kutipan pingat ialah Yang Mulia Soldadu Awang Muhammad Arif bin Zulkifli dari Tentera Darat Diraja Brunei, yang bertanding dalam acara olahraga 1500 meter dan 5000 meter, sekaligus berjaya membawa dua pingat gangsa.


Kementerian Pertahanan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan  kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam atas kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara di pentas serantau.​