​BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 23 September 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from General Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Chief of Royal Malaysian Air Force today. Also in attendance was Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Chief of Staff, RBAF and Acting Director of Intelligence, Ministry of Defence. 


During the call, the RBAF Commander warmly welcomed the presence of General Dato’ Sri at the Ministry of Defence and conveyed his heartfelt congratulations to General Dato’ Sri on his appointment as the 21st Chief of Royal Malaysian Air Force. The RBAF Commander also congratulated General Dato’ Sri on the recent award of the Royal Brunei Air Force (RBAF) Honorary Flying Badge (or Honorary Pilot Badge).


The RBAF Commander then expressed his appreciation for the longstanding bilateral relations between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Royal Malaysian Air Forces (RMAF) This relationship has been strengthened through exchange visits, military trainings, meetings, and courses. Commander RBAF hopes that RBAirF and the RMAF will continue to work together to maintain strong defence relations.


General Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris is currently in Brunei Darussalam for an official visit from 22 September 2025 to 24 September 2025. 






PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA TENTERA UDARA MALAYSIA


BOLKIAH GARISON, Selasa, 23 September 2025– Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia  (TUDM) pada hari ini. Turut hadir adalah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.


Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri di Kementerian Pertahanan serta menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri atas pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia yang ke-21. Seterusnya, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri di atas Penganugerahan Lencana Terbang Kehormat (atau Lencana Juruterbang Kehormat) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) baru-baru ini.


Pemerintah ABDB menyatakan rasa penghargaan atas hubungan dua hala di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah terjalin lama. Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui pertukaran lawatan, latihan ketenteraan, mesyuarat dan kursus. Pemerintah ABDB berharap TUDB dan TUDM akan terus bekerjasama untuk meneruskan hubungan pertahanan yang kukuh.


Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, TUDM sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 22 September 2025 hingga 24 September 2025.​