​BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 12 May 2025 – A total of twelve personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were awarded the King Charles III Coronation Medal during a ceremony held at the United Kingdom High Commissioner’s Residence, Kampong Subok. 

The medals were presented by Yang Mulia Vice Admiral Philip Hally, Chief of Defence Personnel of the British Armed Forces, who is currently in Brunei Darussalam for an official defence visit. Among the attendees was Yang Mulia Colonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Director of Personnel at the Ministry of Defence.

The RBAF recipients were honoured in recognition of their participation as part of the international military contingent in the Grand Procession in London. The procession also featured members of the British Armed Forces and representatives from other Commonwealth countries, symbolising unity and close regional and international defence coorperation.

The King Charles III Coronation Medal is a prestigious symbol of appreciation awarded to members of the armed forces, emergency services, and civil servants across the United Kingdom and the Commonwealth realms for their distinguished service. The RBAF’s involvement in this historic event underscores the strong, longstanding and enduring defence relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom.








ANGGOTA-ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TERIMA PINGAT PERTABALAN KING CHARLES III

Bandar Seri Begawan, Isnin, 12 Mei 2025 – Seramai dua belas anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dianugerahkan  Pingat Pertabalan King Charles III dalam sebuah majlis yang diadakan di Kediaman Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Kampong Subok.

Penyampaian pingat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Laksamana Madya Philip Hally, Ketua Personel Pertahanan United Kingdom , yang kini berada di Negara Brunei Darussalam
bagi lawatan rasmi pertahanan. Turut hadir ialah Yang Mulia Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.

Para penerima pingat daripada ABDB telah diberi penghormatan atas penyertaan mereka sebagai sebahagian daripada kontinjen ketenteraan antarabangsa dalam Perarakan Pertabalan Diraja yang berlangsung di London. Perarakan tersebut turut disertai oleh anggota Angkatan Tentera British serta wakil-wakil dari negara Komanwel yang lain, melambangkan perpaduan serta keakraban pertaganan serantau dan antarabangsa. 

Penganugerahan Pingat Pertabalan King Charles III merupakan symbol penghargaan yang tinggi terhadap khidmat bakti cemerlang anggota tentera, pasukan perkhidmatan kecemasan dan penjawat awam dari seluruh United Kingdom dan negara-negara Komanwel. Penglibatan ABDB dalam peristiwa bersejarah ini mencerminkan hubungan pertahanan yang kukuh, erat dan berpanjangan di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom.