BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 19 May 2024 – The Ministry of Defence participated in Riadah Amal held in conjunction with the 30th Civil Service Day organised by the Prime Minister’s Office at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Present as guests of honour were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Minister of Health and Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Minister of Primary Resources and Tourism.
The event was also attended and participated by permanent secretaries, deputies permanent, heads of departments, senior officers as well as officers and staff of the civil service and their family members.
The Riadah Amal event started with a warm-up session followed by the launching of 5.7 kilometre Basikalton event by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports then launched the 2.5 kilometre for male participants and 1.6 kilometre for female participants Walkathon.
Further enlivening this annual Riadah Amal Event was the organisation of side events involving various activities by various ministries including the Ministry of Defence for the public to participate.
The Riadah Amal Event aims to strengthen relationships among the civil servants and their families. It also encourages healthy and active lifestyle while contributing to charity and bracing the atmosphere of the Bandarku Ceria Program.
The Riadah Amal Event in Conjunction with the 30th Civil Service Day was preceded by the Solat Subuh Berjemaah and Tazkirah Suboh event at the Omar ‘Ali Saifuddien Mosque with the Tazkirah titled “Perkhidmatan Cemerlang Berpaksikan Iman” delivered by Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Mosque Affairs Officer, Ministry of Religious Affairs.






KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH AMAL SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-30 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Mei 2024 – Kementerian Pertahanan telah menyertai Riadah Amal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-30 anjuran Jabatan Perdana Menteri di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Acara turut dihadiri dan disertai oleh setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan warga Perkhidmatan Awam serta ahli keluarga mereka.
Acara Riadah Amal dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diteruskan dengan pelancaran acara Basikalton sejauh 5.7 kilometer oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Manakala Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melancarkan walkaton sejauh 2.5 kilometer bagi peserta lelaki dan 1.6 kilometer bagi peserta wanita.
Turut memeriahkan Riadah Amal tahunan ini adalah acara sampingan yang melibatkan pelbagai aktiviti dari kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pertahanan yang dibukakan kepada orang ramai.
Riadah amal bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga perkhidmatan awam serta keluarga mereka. Ianya juga menggalakkan amalan cara hidup yang sihat dengan gaya hidup aktif, beramal sambil beriadah dan menyemarakkan lagi suasana Program Bandarku Ceria.
Acara Riadah Amal Sempena HPA ke-30 tersebut didahului dengan acara Solat Subuh Berjemaah dan Tazkirah Suboh di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dengan Tazkirah bertajuk “Perkhidmatan Cemerlang Berpaksikan Iman” yang disampaikan oleh Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.