BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 May 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, received a farewell call from His Excellency Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, today. 

 

During the call, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II expressed his deepest appreciation to His Excellency for his commitment and contribution as High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, highlighting his support towards enhancing the bilateral cooperation in diplomatic and defence relations between Malaysia and Brunei Darussalam. 

 

Brunei Darussalam and Malaysia enjoy longstanding diplomatic relations through multi-faceted cooperation and
engagements including exchanges of visits, dialogues, exercises and Joint Defence Working Committee (JDWC). It was significantly enhanced since the signing of the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia on 14 February 1992. The defence relations have also been significantly enhanced when Brunei Darussalam’s contingent to the United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) are embedded under the Malaysian Battalion (MALBATT) since 2008.

 

His Excellency is the 16th High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam and presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 11 October 2021.

 




 

 

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA TUAN YANG TERUTAMA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

BOLKIAH GARISON, Juma’at,

17 Mei 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama

 Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, hari ini.

 

Semasa kunjungan tersebut,
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama di atas  komitmen dan sumbangan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam terutama dalam usaha beliau bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala dari segi diplomatik dan pertahanan antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

 

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia menikmati hubungan diplomatik yang sudah lama terjalin melalui kerjasama pelbagai aspek dan penglibatan termasuk pertukaran lawatan, dialog, latihan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB). Ianya diperkukuhkan lagi dengan termeterainya Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia pada 14 Februari 1992. Hubungan pertahanan juga telah dipertingkatkan dengan signifikan apabila kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) termasuk di bawah Batalion Malaysia (MALBATT) sejak 2008.

 

Tuan Yang Terutama merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang ke-16 dan telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.​