
BOLKIAH GARRISON, Friday, 5 April 2024 – In enlivening the spirit of Ramadhan and marking the significant event of the descent of the Al Qur’an as a miracle of Prophet Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, the Ministry of Defence held an event to commemorate Nuzul Al-Qur’an celebration for 1445 Hijrah at Ad-Difa’ Surau, Bolkiah Garrison that featured a special religious talk. Similar events were also held at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus.
Present at the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Services Commander, Acting Joint Force Commander, senior leadership, officers and personnel of the Ministry of Defence.
Also invited were the Director of National Disaster Management Centre (NDMC), Acting Director of Fire and Rescue Department, Head of Personnel and Career Planning Division, Royal Brunei Police Force, and Village Head of Kampung Jaya Setia/Kampung Jaya Bakti/Kampung Burong Pingai Berakas. Representatives from Prison Department were also present during the event.
The event commenced with the recital of Al-Quran followed by the special talk delivered by a guest speaker, Dr. Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, Assistant Professor from the Faculty of Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) titled ‘Al-Qur’an Pedomanku,’ which is in line with the theme of the Nuzul Al-Qur’an celebration at the National level this year. Among the teachings of the talk emphasised the importance of studying the Al Qur’an; not only reading or memorizing the
Al Qu’ran, but also understanding its meaning and using it as guidance for believers and the righteous, as well as guidance for living our lives by obeying Allah’s commands and avoiding His prohibitions.
The event is one of the annual activities of the Ministry of Defence to commemorate the historical event related to the revelation of the first verses of the holy book, Al-Qur’an Al-Karim, to the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam as a revelation from Allah Subhanahu Wata’ala.

Surau Al-Fa’izun,Berakas
Garison

Surau Pengiran Ratna
Indera,
2nd Bn Perkhemahan
Tutong

Surau Ar-Rahmah,3rd Bn Perkhemahan
Lumut

Surau Al-Quwwah,Bangar
Kem

Surau
Al-Huda,Pangkalan Muara

Surau Al-Barakah,Pangkalan Tentera Udara Rimba

Surau Asy-Syuhadah’,Akademi
Pertahanan ABDB Tanah Jambu

Surau Al-Hikmah, Penanjong
Garison
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN 1445 HJRAH
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 5 April 2024 – Dalam menyemarakkan semangat bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa agong turunnya Al Qur’an sebagai mukjizat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pertahanan telah mengadakan majlis memperingati Nuzul Al-Qur’an 1445H di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison hari ini, yang menampilkan sebuah ceramah agama khas. Acara serupa juga diadakan di semua surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, peringkat kepimpinan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.
Turut dijemput bagi memeriahkan acara ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perancangan Kerjaya, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Ketua Kampung Kampung Jaya Setia/Kampung Jaya Bakti/Kampung Burong Pingai Berakas. Wakil daripada Jabatan Penjara juga turut hadir pada acara tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan diteruskan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah undangan, Dr. Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, Penolong Professor dari Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertajuk ‘Al-Qur’an Pedomanku’, selaras dengan tema sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Antara pengajaran ceramah tersebut menekankan pentingnya mempelajari Al-Qur’an; bukan sekadar membaca atau menghafal Al-Qur’an, tetapi juga memahami maknanya dan menggunakannya sebagai petunjuk hidup bagi orang yang beriman dan bertaqwa serta sebagai panduan untuk menjalani kehidupan dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pertahanan dalam sama-sama memperingati peristiwa bersejarah berkenaan dengan turunnya ayat-ayat pertama kitab suci
Al-Qur’an Al-Karim kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala.