BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 3 April 2024 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted an Iftar at Bolkiah Garrison with former RBAF Commanders and Pioneer Officers of the RBAF.

Present among the invited guests was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong and Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, Pioneer Officers of the RBAF.
Also invited were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Service Commanders, Acting Joint Force Commander RBAF, senior RBAF officers and RBAF personnel which include RBAF personnel who have recently converted to Islam.
The event commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The event continued with a light Iftar, followed by a mass Fardhu Maghrib prayer at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
The event then proceeded with dinner within the compound of Surau Ad-Difa’, followed by the presentation of gifts by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF to the former RBAF Commanders and Pioneer Officers of the RBAF. The event concluded with the recitation of closing doa by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
The Iftar session provides an opportunity for former RBAF Commanders and Pioneer Officers of the RBAF as well as senior leadership and current RBAF officers to enhance closer relationship while commemorating Ramadhan, the blessed holy month.




PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN DAN PEGAWAI PENGAMBILAN PERTAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Rabu, 3 April 2024- Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai Bersama mantan-mantan Pemerintah ABDB dan Pegawai Pengambilan Pertama ABDB di Bolkiah Garison.
Di antara jemputan yang hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, pegawai-pegawai pengambilan pertama ABDB.
Antara jemputan lain ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, pegawai-pegawai kanan dan anggota ABDB termasuk anggota ABDB yang telah memeluk Islam baru-baru ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dikepalai oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib secara berjemaah di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan malam di perkarangan luar Surau Ad-Difa’, dan diikuti dengan penyampaian cenderahati dari Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB kepada mantan-mantan Pemerintah serta Pegawai pengambilan pertama ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Majlis bersungkai adalah peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan di antara mantan-mantan Pemerintah dan pegawai pengambilan pertama ABDB berserta seluruh peringkat kepimpinan dan pegawai-pegawai yang masih berkhidmat terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.