
BOLKIAH GARISON, Selasa, 19 March 2024 – More than 100 participants consisting of officers and staff of the Ministry of Defence attended the World Mental Health Day Roadshow 2023. The roadshow was held at Ibnu Sina Lecture Hall, Medical Reception Station (MRS), Bolkiah Garrison.
The roadshow started with a welcoming remark by Yang Mulia Nor Syahmun binti Haji Matassan, Head of Mental Health Strategy, Health Promotion Centre, Ministry of Health
The was followed by two session talk delivered by Yang Mulia Dayang Siti Nadzirah binti Haji Abdullah from the Mental Health Strategy Unit, Health Promotion Centre, Ministry of Health entitled “Mental Health: The Basic Rights of All” and Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Head of Counseling and Religious Understanding Unit (KAFA), Department of Syariah Affairs, Ministry of Religious Affairs entitled “Mental Health from Islamic Perspective”
The roadshow themed ‘Mental Health in the Workplace: Joint Basic Rights’. The roadshow aimed to increase awareness, prevention and management of mental health, personal well-being and reduce stigma, negative views on mental health, especially among civil servants. It is also hoped to become a platform for the promotion of mental health and personal well-being services available in this country.
The roadshow also contains exhibits highlighting the importance of mental health and wellbeing in the workplace.
The Mental Health Roadshow was organised by the Health Promotion Centre, Psychiatry Services Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital and Psychological Services, Ministry of Health.





JERAYAWARA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023
BOLKIAH GARISON, Selasa, 19 Mac 2024 – Lebih 100 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan menghadiri Jerayawara Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023. Jerayawara diadakan di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan (MRS), Bolkiah Garison
Jerayawara dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Yang Mulia Nor Syahmun binti Haji Matassan, Ketua Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
Ini diikuti dengan dua sesi taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Nadzirah binti Haji Abdullah dari Unit Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan bertajuk “Kesihatan Mental: Hak Asasi Semua” dan Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bertajuk “Kesihatan Mental dari Perspektif Islam”
Tema bagi jerayawara ialah “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Di Tempat Kerja – Hak Asasi Bersama”. Jerayawara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan dan pengurusan kesihatan mental, kesejahteraan diri serta mengurangkan stigma, pandangan negatif terhadap kesihatan mental khususnya di kalangan warga perkhidmatan awam. Ianya juga diharap untuk menjadi satu platform pemberigaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan mental dan kesejahteraan diri yang terdapat di Negara ini.
Jerayawara juga mengandungi pameran mengetengahkan kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan di tempat kerja.
Jerayawara ini dikendalikan oleh Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha [RIPAS] dan Perkhidmatan Psikologi Masyarakat, Kementerian Kesihatan.