
MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 19 March 2024 – Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the arrival The Royal Thai Navy (RTN) ships, namely HTMS TAKSIN, HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ, and HTMS KRABURI. The visit that took place from 16 to 19 March 2024 was led by Rear Admiral Chakchai Noihuahaad, Chief of Staff Royal Thai Naval Academy.
The RTN delegation consisting of Rear Admiral Chakchai Noihuahaad, Chief of Staff Royal Thai Naval Academy; Captain Tachapon Pisamai, Commanding Officer HTMS TAKSIN; Captain Jitpoolphol, Commanding Officer HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ and Captain Kraipich Koraweepaparwit, Commanding Officer HTMS KRABURI paid a courtesy call to Captain Sahibul Bahari bin Hj Zainal Abidin, RBN, the Fleet Commander of the Royal Brunei Navy (RBN).
During the Goodwill visit, RBN personnel was invited onboard HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ. This Goodwill Visit also featured a cultural visit around Brunei Darussalam to the Malay Technology Museum and Maritime Museum. 16 muslim RTN personnel had the opportunity to experience fasting in the month of Ramadhan and performed a mass
Zuhor prayer with RBN personnel at Surau Al-Huda, Muara Naval Base as well as Terawih at Sultan Omar Ali Saifuddien Mosque. Upon completing the Goodwill visit, RBN senior officers led by Captain Haji Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, the Acting Commander of RBN and RTN delegations gathered to celebrate the successful completion of the goodwill visit.
Immediately after the departure from the Muara Commercial Port, the RTN ships conducted a passage exercise with KDB DARULEHSAN. These series of interactions represent an opportunity for both navies to strengthen their bond, foster goodwill, and promote cultural exchange. The RBN also reaffirms its commitment to strengthen its bilateral ties with RTN and wishes a smooth journey to her next port of call.






LAWATAN MUHIBAH KAPAL-KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PANGKALAN MUARA, Selasa, 19 Mac 2024 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mengalu-alukan ketibaan kapal Tentera Laut Diraja Thai (TLDT) iaitu HTMS TAKSIN, HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ, dan HTMS KRABURI. Lawatan Muhibah tersebut telah berlangsung dari 16 hingga 19 Mac 2024 itu diketuai oleh Laksamana Muda Chakchai Noihuahaad, Ketua Staf Akademi TLDT.
Rombongan TLDT yang terdiri daripada Laksamana Muda Chakchai Noihuahaad, Ketua Staf Akademi TLDT; Kepten Tachapon Pisamai Pegawai Pemerintah HTMS TAKSIN; Kepten Jitpoolphol Pegawai Pemerintah HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ, dan Kepten Kraipich Koraweepaparwit Pegawai Pemerintah HTMS KRABURI terlebih dahulu membuat kunjungan hormat kepada Kepten Sahibul Bahari bin Hj Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Semasa kunjungan tersebut kedua belah pihak turut mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal berkenaan tentera laut yang mempunyai berkepentingan bersama.
Warga TLDB juga berpeluang untuk membuat tinjauan untuk menaiki kapal HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ semasa lawatan muhibah tersebut. Manakala, warga TLDT juga berpeluang untuk membuat beberapa lawatan kebudayaan di sekitar Bandar Seri Begawan iaitu ke Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Maritim, Mukim Kota Batu. Disamping itu juga, seramai 16 orang warga TLDT yang beragama Islam pula berpeluang mengalami suasana berpuasa di negara ini dan juga menunaikan Solat Zuhor berjemaah bersama warga TLDB di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara serta sembahyang Terawih di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Dipenghujung lawatan ini, Pegawai-pegawai Kanan TLDB yang diketuai oleh Kepten Haji Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB, Pemangku Pemerintah TLDB dan rombongan TLDT telah sama-sama meraikan kejayaan lawatan ini disebuah majlis resepsi.
Sejurus berlepas meninggalkan Perlabuhan Komersial Muara, kapal-kapal TLDT turut melaksanakan latihan
PASSEX seiring bersama kapal TLDB, KDB DARULEHSAN. Siri lawatan kali ini adalah sebagai platform untuk memperkukuhkan hubung erat dengan memupuk jalinan muhibbah disamping mempromosikan aktiviti-aktiviti pertukaran budaya diantara TLDB dan TLDT. TLDB turut menegaskan komitmennya didalam menperkukuhkan hubungan dua hala dan mengharapkan perlayaran kapal-kapal TLDT yang lancar ke pelabuhan seterusnya.