BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 16 March 2024 – The Ministry of Defence participated in the nightly
Tadarus Al-Qur’an function during Ramadhan 1445H at Istana Nurul Iman.


Present to lead the delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Muhd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, senior leadership, officers and personnel from the Ministry of Defence. Joining the Ministry of Defence was a group from the Islamic Studies Department, Ministry of Religious Affairs. A total of more than 800 people from both Ministries attended the function.


The function began with Mass
Isya’ Prayer led by
Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat, followed by
Sunnat Tarawih Prayer led by Imam Mohd Aizat bin Haji Ahmad. The function then proceeded with Tadarus Al-Qur’an and concluded with the recitation of
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam led by
Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

 



KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI MAJLIS TADARUS AL-QUR’AN MALAM-MALAM RAMADHAN DI ISTANA NURUL IMAN 1445 HIJRAH/2024 MASIHI


 BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah menyertai Majlis Tadarus Al-Qur’an malam-malam Ramadhan 1445H di Istana Nurul Iman.


Hadir mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Muhd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialahYang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai serta
  warga Kementerian Pertahanan. Juga menyertai bersama Kementerian Pertahanan adalah rombongan daripada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Secara keseluruhan, seramai 800 orang daripada kedua Kementerian telah menghadiri majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh
Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat dan diikuti dengan Sembahyang Sunnat Terawih dipimpin oleh Imam Mohd Aizat bin Haji Ahmad. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Qur’an dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dikepalai oleh
Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.​