
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 14 March 2024 – The Ministry of Defence has launched a Security Awareness Briefing at the Auditorium Hall, Security Education Centre, Defence Security Branch, Defence Minister’s Office and Directorate of Strategic Planning.
In attendance as Guest of Honor to inaugurate the briefing was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence. Also in attendance were the Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence, Directors, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The main objective of the security awareness briefing is to further enhance knowledge and awareness of the importance of security within the Ministry of Defence for civilian officers and personnel of the Ministry of Defence. This briefing program will be extended to all units and directorates in the Ministry of Defence.

PELANCARAN TAKLIMAT SEKURITI KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Khamis 14 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah melancarkan Taklimat Kesedaran Sekuriti di Dewan Auditorium, Pusat Pendidikan Sekuriti, Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik.
Hadir sebagai Tetamu Kehormat untuk merasmikan taklimat tersebut adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Matlamat utama Taklimat Kesedaran Sekuriti diadakan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan serta kesedaran tentang kepentingan sekuriti di dalam Kementerian Pertahanan kepada pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Program taklimat ini akan dilaratkan kepada unit-unit dan jabatanarah-jabatanarah di bawah Kementerian Pertahanan.