
BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 10 March 2024 – The Ministry of Defence participated in the Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024 in conjunction with Brunei Darussalam’s 40th National Day celebration at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Present during the Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024 event was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretary, senior officers, officers and a total of 353 personnel of the Ministry of Defence.
The Riadah Berbasikal event starts and ends at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan passing several main roads in Bandar Seri Begawan. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as well as other Royal family members mingled with the public prior to leaving Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien where the Riadah Berbasikal ended.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT HARI KEBANGSAAN 2024 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah menyertai Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 yang mengambil tempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Hadir bagi sama-sama memeriahkan acara Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024 ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut menyertai bagi riadah tersebut adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai berserta seramai 353 orang warga Kementerian Pertahanan.
Acara Riadah Berbasikal ini bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan melalui jalan-jalan utama Bandar Seri Begawan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat-kerabat Diraja yang lain bercemar duli bersama rakyat jelata dan seterusnya berangkat balik meninggalkan acara.