PENANJONG GARRISON, Friday, 08 March 2024 – The Ministry of Defence had presented His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam’s personal gift of dates (Kurma Kurnia Peribadi) in honour of the month of Ramadhan 1445 Hijrah. The ceremony was held at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison, today.


Present to distribute the dates were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence.


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the distribution of dates to Service Commanders, Directors, and Senior officers of military and civilian directorates and units of the Ministry of Defence and RBAF. The ceremony concluded with a
Doa Selamat by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).



The distribution of these personal gift dates symbolises the love and care of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in performing religious acts in conjunction with the upcoming month of Ramadhan.








PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KURMA KURNIA PERIBADIKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM





PENANJONG GARISON, Jumaat, 8 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Makan Nikmat, Penanjong Garison hari ini.


Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pengagihan kurma kepada Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus sempena penyerahan kurma yang telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).


Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi ini melambangkan tanda kasih sayang dan sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat baginda dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.