
TANAH JAMBU, Friday, 1 March 2024 – The Directorate of Intelligence, Ministry of Defence held a ‘Riadah Silaturrahim’ Recreational Activity today in conjunction with the Defence Attaché/Adviser Conference 2023 at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Tanah Jambu.
Present at the recreational activity was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II. Also present were Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence; Services Commanders, Acting Service Commander, Acting Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Senior Officers of the Ministry of Defence, Defence Attaché/Advisers of Brunei Darussalam to Foreign Mission Abroad and Resident and Non-Resident Defence Attaché/Advisers to Brunei Darussalam.
The recreational activity began with the recital of Surah Al-Fatihah and prayer led by 1529 Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) followed by a safety briefing by Captain Amin bin Suhaili, Acting Head of Sport Fitness Management Group, Performance Optimisation Centre (POC) . The ‘Riadah Silaturrahim’ track takes about under an hour to complete and covers a distance of 2.3 kilometres. During the recreational activity, all the participants had the opportunity to witness a jungle survival exhibition along the track.
Such recreational activity is a platform aimed to foster closer ties amongst stakeholders a part of maintaining a healthy lifestyle.






RIADAH SILATULRAHIM SEMPENA PERSIDANGAN ATASE/ PENASIHAT PERTAHANAN 2023
TANAH JAMBU, Jumaat, 1 Mac 2024 – Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan telah mengelolakan Aktiviti Rekreasi Riadah Silaturrahim pada hari ini bersempena Persidangan Atase/Penasihat Pertahanan 2023 di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Tanah Jambu.
Hadir semasa aktviti tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, Atase/Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di luar negara dan Atase/Penasihat Pertahanan dari luar negara yang menetap dan tidak menetap di Negara Brunei Darussalam.
Aktiviti rekreasi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh 1529 Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Pegawai dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diikuti dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Kapten Amin bin Suhaili, Pemangku Ketua Pengurusan Sukan dan Kecergasan, Pusat Optima Kecergasan (POC). Trek ‘Riadah Silaturahim’ ini memakan masa kurang dari sejam dengan jarak sejauh 2.3 kilometer untuk dilalui. Semasa aktiviti rekreasi tersebut, semua yang hadir berkesempatan untuk menyaksikan pameran ikhtiar hidup di dalam hutan disepanjang laluan trek.
Aktiviti rekreasi ini digunakan sebagai landasan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kesemua pihak yang berkepentingan selain daripada mengamalkan cara kehidupan yang sehat.