PRIME MINISTER’S OFFICE, Tuesday, 27 February 2024Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a joint courtesy call from His Excellency Awang Haji Harun bin Haji Junid, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to Saudi Arabia; His Excellency Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Republic of Indonesia; and Her Excellency Dayang Noni Zurainah binti Haji Ismi, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Republic of Turkiye. 

During the call, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II congratulated Their Excellencies on their new appointments and welcomed the friendly relations between Brunei Darussalam and the Kingdom of
Saudi Arabia, the
Republic of Indonesia, and the Republic of Turkiye, including in the fields of defence cooperation. 

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam presented the Letters of Credence to Their Excellencies on 17 February 2024. 


KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II DARIPADA KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BARU KE KERAJAAN ARAB SAUDI, REPUBLIK INDONESIA, DAN REPUBLIK TURKIYE

JABATAN PERDANA MENTERI, Selasa, 27 Februari 2024Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menerima kunjungan hormat bersama daripada Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Arab Saudi; Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia; dan Puan Yang Terutama Dayang Noni Zurainah binti Haji Ismi, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Turkiye. 

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengucapkan tahniah kepada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam atas pelantikan mereka dan menyambut baik hubungan mesra di antara Negara Brunei Darussalam bersama Kerajaan Arab Saudi, Republik Indonesia dan Republik Turkiye, termasuk dalam bidang pertahanan. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada 17 Februari 2024. ​