TOKYO, JAPAN, Tuesday, 30 January 2024 – The 13th Japan-ASEAN Defense Vice-Ministerial Forum was held today at Prince Hotel, Tokyo, Japan. 

The forum, chaired by His Excellency Kiyoshi Serizawa, Vice-Minister of Defense for International Affairs, Ministry of Defense, Japan, was attended by senior defence officials of ASEAN Member States, Timor-Leste and ASEAN Secretariat. Brunei Darussalam was represented by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary, Ministry of Defence.


The Forum, which was established in 2009, aims at sharing perspectives on current security challenges in the region and exchanging views for the future defence cooperation between Japan and ASEAN, which will contribute to regional peace, stability and prosperity.

 

This year, the forum focused on Japan-ASEAN Ministerial Initiative for Enhanced Defense Cooperation (JASMINE) as a follow-up to the ASEAN-Japan Defence Ministers’ Informal Meeting held in Jakarta on 15 November 2023. The new initiative aims to build on the spirit of Japan-ASEAN Defense Cooperation Framework or also known as Vientiane Vision 2.0 with the introduction of new capacity building programmes.

 

At the sidelines of the forum, Brunei Darussalam delegation also held bilateral meetings with Japan, Singapore, Malaysia and Lao People’s Democratic Republic separately. 










JAPAN – ASEAN DEFENSE VICE-MINISTERIAL FORUM KE-13

TOKYO, JEPUN, Selasa, 30 Januari 2024 - Japan – ASEAN Defense Vice-Ministerial Forum ke-13 telah berlangsung hari ini di Prince Hotel, Tokyo, Jepun.

Forum berkenaan dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Kiyoshi Serizawa, Vice-Minister of Defense for International Affairs, Kementerian Pertahanan Jepun dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari negara-negara ahli ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN. Mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

Forum berkenaan dimulakan pada tahun 2009 dan bertujuan untuk mengongsikan perspektif mengenai cabaran-cabaran keselamatan semasa, bertukar pandangan mengenai kerjasama pertahanan di antara Jepun dan ASEAN dimasa hadapan, dimana ianya boleh menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Pada tahun ini, forum tertumpu kepada perbincangan mengenai Japan-ASEAN Ministerial Initiative for Enhanced Defense Cooperation (JASMINE) sebagai kesinambungan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Jepun yang telah diadakan pada 15 November 2023. Inisiatif baru ini bertujuan untuk membina semangat kerjasama di bawah rangkakerja kerjasama pertahanan Jepun-ASEAN atau lebih dikenali sebagai Vientiane Vision 2.0 dengan memperkenalkan program-program pembinaan kapasiti yang baru.

Disamping forum berkenaan, delegasi Negara Brunei Darussalam turut mengadakan perjumpaan dua hala bersama Jepun, Republik Singapura, Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Lao secara berasingan.