
TEMBURONG, Friday, 26 January 2024 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) conducted the Handover Ceremony of the Titian Amal Project in conjunction with the celebration of the RBAF 62nd Anniversary, held at Pusat Bahagia Bangar, Temburong District. The Guest of Honour at the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, representing the Commander of the RBAF.
The ceremony was presided over by Major (U) Muhammad Adib bin M. Abidin, the Chairman of the Titian Amal Project for the RBAF 62nd Anniversary. Special guests included Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir (Member of the Legislative Council), Yang Mulia Mohammad Yassin bin Haji Ahmad (Acting District Officer of Temburong), Yang Mulia Fauziah binti Haji Mohd Salleh (Acting Department of Community Development Project), and sponsors for the project.
The ceremony began with a recitation of
Doa Selamat prayers led by Captain (U) Haji Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar to seek blessing for the ceremony from Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Following this, a project briefing by the Chairman of the Titian Amal Project and then the presentation of commemorative plaques to sponsors by the Guest of Honour before a group photo session.
The Titian Amal Project in this instance, focused on the repairs, modification and upgrading efforts of the center such as the replacement of perimeter fencing, the modification and upgrading of toilets for comfort to ease the individuals with special needs.
The project took almost two months commencing from 2 October 2023 to 27 November 2023 with a total cost of ten thousand and seventy-five dollars funded through sponsorships and contributions from local companies as well as the Department of Community Development Project.
This Titian Amal Project is amongst the annual activities in conjunction with the celebration of the RBAF Anniversary intended for national capacity building while fostering relationships with the local community and collaboration with the stakeholders through charitable work.








MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI PUSAT BAHAGIA BANGAR, DAERAH TEMBURONG.
DAERAH TEMBURONG, Juma’at, 26 Januari 2024 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-62 bertempat di Pusat Bahagia Bangar, Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, selaku wakil Pemerintah ABDB.
Majlis telah dipengerusikan oleh Mejar (U) Muhammad Adib bin M. Abidin selaku Pengerusi Projek Titian Amal Hari Ulang Tahun ABDB ke-62. Antara jemputan-jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir (Ahli Majlis Mesyuarat Negara), Yang Mulia Mohammad Yassin bin Haji Ahmad (Pemangku Pegawai Daerah Temburong), Yang Mulia Fauziah binti Haji Mohd Salleh (Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)), dan penaja-penaja bagi projek ini.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Kapten (U) Haji Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar bagi memohon keberkatan majlis ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Majlis diikuti dengan penyampaian taklimat projek daripada Pengerusi Projek Titian Amal dan kemudian dengan penyampaian plak cenderahati kepada penaja-penaja yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis sebelum sesi bergambar ramai.
Projek Titian Amal pada kali ini lebih memfokuskan kepada kerja-kerja membaikpulih, pengubahsuaian dan juga menaiktaraf prasarana di pusat tersebut diantaranya penggantian pagar keliling, pengubahsuaian dan menaiktaraf tandas-tandas bagi keselesaan individu-individu berkeperluan khas.
Projek yang memakan masa hampir dua bulan ini telah mula dilaksanakan dari 2 Oktober 2023 sehingga 27 November 2023 yang lalu dan telahpun menelan belanja sebanyak sepuluh ribu tujuh puluh lima ringgit dengan menerima peruntukan perbelanjaan dari para penaja, para penyumbang dari syarikat-syarikat tempatan dan daripada pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).
Projek Titian Amal ini adalah diantara acara tahunan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB bertujuan untuk membina kapasiti nasional sambil memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat mahupun menjalin kerjasama dengan yang pihak-pihak berkepentingan melalui kerja-kerja amal