BOLKIAH GARRISON, Thursday, 26 February 2026 – The Ministry of Defence through its Ihya’ Ramadan Programme for 1447H, further enlivened the spiritual observance of the holy month of Ramadan with the organization of the first Khatam Al-Quran Ceremony. The ceremony was held simultaneously across all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camp suraus including Pulau Baru-Baru Mosque.
The ceremony was attended by senior officers, officers and personnel from their respective units.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and surah Al-Fatihah, followed by Khatam Al-Quran and Tahlil, and concluded with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
As with the Ihya’ Ramadan programme in previous years, it activities has been structured into three phases to enhance spiritual experience of the month of Ramadan, which also include tadarus Al-Quran sessions held in the morning, afternoon, and evening throughout the month of Ramadan.
Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu

Surau Rejimen Pengawal Diraja, Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERTAMA SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H
BOLKIAH GARISON, Khamis, 26 Februari 2026 – Kementerian Pertahanan melalui Program Ihya’ Ramadan bagi tahun 1447H telah menyemarakkan lagi penghayatan bulan suci Ramadan dengan penganjuran Majlis Khatam Al-Quran Pertama yang telah diadakan secara serentak di kesemua surau perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota unit masing-masing.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran dan Tahlil, dan seterusnya diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Seperti program Ihya’ Ramadan pada tahun-tahun sebelumnya, pengisian program telah disusun mengikut tiga fasa penghayatan bulan Ramadan, yang turut merangkumi aktiviti tadarus Al-Quran pada sebelah pagi, tengahari dan malam disepanjang bulan Ramadan.