Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

15 ORPHANS FROM RBAirF RECEIVED DONATIONS DURING SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY


Rimba Air Force Base, Friday, 29 April 2022 – A total of 15 orphans from 7 families of former members of Royal Brunei Air Force (RBAirF) alongside another 123 orphans of former members of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received donations this morning at Surau Al-Barakah, Rimba AFB during the ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ ceremony hosted by the RBAirF.

Present ​as the Guest of Honour to present the donations was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBAF, and his spouse, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of RBAF Wives Welfare Association (BAKTI). Also present at the ceremony were Service Commanders and Joint Force Commander RBAF with their spouses, Directors of Directorates, Deputy Service Commanders and Deputy Joint Force Commander RBAF, Commandants, RBAF personnel; both officers and other ranks, as well as families of orphans.

The ceremony commenced with the mass recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Religious Officer, RBAF Religious Directorate. The ceremony followed by the presentation of the donations and concluded with Closing Doa. The donations were raised from the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, BAKTI, RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) as well as individual donours.

‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ ceremony is an annual welfare event organised by the RBAF during the holy month of Ramadhan. It is aimed to honour the loyal duty and remembrance of their departed parents while serving within the RBAF and to relieve the burden of the orphans as they prepare for the upcoming month of Syawal.



SERAMAI 15 ANAK YATIM TUDB MENERIMA SUMBANGAN DERMA DI MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 29 April 2022 – Seramai 15 orang anak yatim dari 7 keluarga terdiri daripada bekas anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersama 123 orang anak yatim yang terdiri daripada bekas anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sumbangan derma pada pagi ini di Surau Al-Barakah, PTU RIMBA semasa Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan pada tahun ini yang dikendalikan oleh TUDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyampaikan sumbangan ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, serta isteri, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI). Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB serta isteri-isteri, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, anggota-anggota ABDB yang terdiri dari pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat, dan juga keluarga anak-anak yatim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Agama, Jabatanarah Agama ABDB. Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian derma dan diakhiri dengan Doa Penutup. Sumbangan derma adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Koperasi ABDB (KOWIRA), dan penderma-penderma perseorangan.

Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan ini adalah acara kebajikan yang diungkayahkan oleh ABDB pada setiap tahun menjelangnya bulan suci Ramadhan. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa bakti anggota-anggota ABDB yang telah kembali kerahmatullah dan untuk meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan sebelum menjelangnya bulan Syawal.