Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAirF CELEBRATES NUZUL AL-QURAN


Rimba Air Force Base, Thursday, 21 April 2022 – A special religious lecture in conjunction with Nuzul Al-Quran Celebration 1443H was held at Surau Al-Barakah, Rimba AFB today.

Present at the event was Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Also present were RBAirF Board of Executive, Senior Officers, Officers and Airmen.

The event began with the recital of Surah Al-Isra’, verse 9-14 by Private (U) Muhammad Za'eem bin Haji Mat Yassin and followed by mass Zuhur Prayer. The event continued with a special religious lecture delivered by Yang Mulia Imam Haji Asmat bin Haji Tuah with the title of "Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman".

The event then concluded with presentation of memento to the guest speaker and mass recitation of Selawat.




TUDB MERAIKAN MAJLIS NUZUL AL-QURAN

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 21 April 2022 – Ceramah khas sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1443H telah diadakan di Surau Al- Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.

Hadir ke majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Isra’, ayat 9- 14 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Muhammad Za'eem bin Haji Mat Yassin dan diikuti dengan solat Fadhu Zohor berjemaah. Majlis diteruskan dengan ceramah khas yang bertajuk “Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman" yang disampaikan oleh Imam Haji Asmat bin Haji Tuah.

Majlis kemudiannya akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan bacaan selawat beramai-ramai.